Kucing dan anjing peliharaan perlu disaring. Korea Selatan tetapkan peraturan baru

Kucing dan anjing peliharaan perlu disaring. Korea Selatan tetapkan peraturan baru

Jangkitan virus COVID-19 antara manusia dengan manusia, tidak dapat dipertikaikan lagi. Manakala, jangkitan virus ini antara manusia dan haiwan peliharaan masih dikaji dengan lebih mendalam kerana kebarangkalian untuk berlaku itu ada. Ini kerana kes jangkitan pertama koronavirus terhadap kucing telah berlaku di UK pada Julai 2020 yang lalu.

Vaksinasi beberapa spesies haiwan peliharaan mungkin … diperlukan

Oleh sebab itu, para pakar kesihatan di UK telah memberi amaran agar haiwan peliharaan juga harus disuntik vaksin, seperti yang ditulis di Daily Star UK. Sebuah laporan telah menjelaskan bahawa evolusi virus dalam haiwan, diikuti penularannya kepada manusia mampu menimbulkan risiko jangka panjang yang sangat besar terhadap kesihatan awam.

“Tidak dapat dibayangkan vaksinasi beberapa spesies haiwan peliharaan mungkin … diperlukan untuk mengekang penyebaran jangkitan,” –  kata para penyelidik.

Korea Selatan menetapkan peraturan baru agar haiwan peliharaan bergejala perlu disaring

Anjing pun pakai mask. Imej dari Science Mag



Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), walaupun penyakit ini sebahagian besar tersebar dalam kalangan manusia, ada kes penularan berlaku antara manusia dan haiwan. Di Korea Selatan, peraturan baru telah ditetapkan yang mana apabila haiwan peliharaan menunjukkan sebarang gejala serta disahkan positif COVID-19, pemilik haiwan harus mengasingkan diri.

Beberapa kes haiwan yang bersentuhan dengan pesakit COVID-19 di sana seperti anjing, kucing dan cerpelai, telah disaring dan disahkan positif. Pengumuman yang dilakukan kerajaan Korea Selatan agar haiwan peliharaan yang bergejala disaring muncul serentak dengan pengumuman kerajaan untuk melanjutkan lagi arahan penjarakan sosial. Ini kerana di sana, beberapa minggu yang lalu menunjukkan peningkatan jangkitan kes.



Kerajaan Korea Selatan mengesahkan pihaknya akan terus menilai kemungkinan “penularan antara manusia dan haiwan” dan mengatakan perkara itu “akan dipantau dengan teliti dan diungkapkan secara telus”, sambil mendesak pemilik haiwan peliharaan untuk tidak perlu terlalu risau pada tahap ini.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *