Kisah luar biasa Datuk Nicol David mengekalkan diet makan dan kekuatan mental

Kisah luar biasa Datuk Nicol David mengekalkan diet makan dan kekuatan mental

Semua orang memerlukan sumber motivasi dan inspirasi dalam menghadapi cabaran kehidupan masing-masing. Bagi kita rakyat Malaysia, atlet sukan adalah salah seorang idola yang boleh kita jadikan sumber inspirasi bagi meneruskan gaya hidup sihat dan cergas. Negara kita sangat beruntung kerana memiliki Datuk Nicol David, ratu skuasy negara yang telah menjadi pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Dunia Sukan anjuran Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA).



Dengan rekod selama 109 bulan berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia skuasy serta undian tertinggi dari masyarakat dunia, beliau sangat layak untuk anugerah ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua juga mempunyai cabaran yang tersendiri sama ada untuk turunkan berat badan, kekalkan stamina dan menguruskan diet. Semua ini memerlukan kekuatan mental yang berterusan. Apa kata, kita belajar sikit dari Datuk Nical David mengenai tips dan cara pengurusan rutin dan kekuatan mental sepanjang kariernya.

Saya biasanya bangun antara jam 8-8:30 pagi … makan malam lebih awal sekitar jam 6-6:30 petang

Imej dari The Star

Dalam satu temu bual dahulu, Datuk Nicol David pernah berkongsi rutin harian yang dilakukannya sewaktu bergelar ratu skuasy negara. Rutin yang dilakukannya ini mungkin sedikit sebanyak boleh memberi gambaran kepada kita semua mengenai bagaiamana beliau menguruskan tahap kecergasan fizikal dan mentalnya.

“Saya biasanya bangun antara jam 8-8:30 pagi untuk memulakan sesi latihan saya pada pukul 10 pagi atau 11 pagi. Saya berlatih dua sesi sehari antara 2-4 jam sehari, 6 hari seminggu. Kedua-dua sesi latihan adalah sesi skuasy atau sesi fizikal (sesi fizikal terdiri daripada gim, latihan litar, latihan trek, pecut, larian kardio dan daya tahan) bergantung pada program saya.” – katanya di Health Works

Untuk rutin waktu makan, beliau akan bersarapan sekitar jam 8:30-9 pagi, makan tengah hari tepat selepas sesi latihan pertamanya sekitar jam 12:30-1 petang dan makan malam lebih awal sekitar jam 6-6:30 petang. Makanan sarapan paginya adalah bijirin atau roti bakar, untuk makan tengah hari, beliau akan makan pelbagai sandwic yang berbeza dan untuk makan malam, beliau akan makan lebih banyak yang sesuai dengan beban kerja yang telah beliau lakukan.



Jika latihan yang dilakukan melibatkan beban atau berat, beliau akan makan lebih banyak ikan, ayam atau daging. Sekiranya, latihan ketahanan atau fizikal lebih banyak, makan beliau akan makan lebih banyak pasta atau nasi dengan sayur-sayuran untuk menggantikan tenaga yang hilang.

Satu-satunya perkara yang menghalang kita bergerak maju adalah diri kita sendiri

Untuk menghadapi cabaran dan mencapai apa yang kita hajati, kekuatan mental adalah kuncinya. Bagi Datuk Nicol David, kekuatan mental itu adalah kepercayaan terhadap diri sendiri terhadap kemampuan untuk menghadapi cabaran. Satu-satunya perkara yang menghalang kita bergerak maju adalah diri kita sendiri sekiranya kita tidak memahami kemampuan kita sepenuhnya.

“Kita harus memberi diri kita peluang untuk mencuba perkara baru, meneroka pelbagai bakat yang kita ada dan melihat bagaimana ia sesuai dengan kita. Saya sangat percaya bahawa setiap orang mempunyai bakat dan kita harus mengetahui apa itu dan memanfaatkannya sepenuhnya. Sebaik sahaja sesuatu kelihatan betul dan berfungsi secara semula jadi kemudian teruskanlah bergerak ke hadapan” – katanya lagi

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *