Kerajaan China mula lakukan calitan dubur untuk kesan COVID-19. Ini sebabnya

Kerajaan China mula lakukan calitan dubur untuk kesan COVID-19. Ini sebabnya

Setelah berlaku penularan tempatan di beberapa kawasan di China, termasuk Beijing, pihak berkuasa di sana telah mula menggunakan calitan dubur (anal swab) untuk mengesan virus tersebut dan bukannya calitan hidung atau pun tekak (swab test).



Menurut saluran TV di sana, ujian calitan dubur telah dilakukan terutamanya kepada orang yang tinggal di kawasan yang disahakan mempunyai kes COVID-19 dan mereka yang telah dikuarantin. Pelawat yang tiba di Beijing dan sekumpulan lebih daripada 1,000 kanak-kanak sekolah dan guru-guru yang dianggap terdedah kepada virus itu adalah antara orang yang telah melakukan calitan dubur.

“Ujian calitan dubur melibatkan, memasukkan kapas sapuan berukuran 1.2 hingga 2 inci ke dalam rektum. Setelah berada di sana, pelapik dipusingkan dengan lembut beberapa kali, kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bekas sampel. Keseluruhan proses hanya memakan masa sekitar 10 saat.” – seperti ditulis di Health.com

Calitan dubur dapat meningkatkan kadar pengesanan orang yang dijangkiti

Penerangan prosedur yang dilakukan. Imej dari National Post

Beberapa pakar di China mengatakan kaedah sapuan dubur adalah kaedah pengesanan COVID-19 yang lebih tepat kerana jejak virus tahan lama di dubur daripada di saluran pernafasan. Li Tongzeng, seorang doktor kanan dari Hospital Youan Beiking, mengatakan bahawa calitan dubur “dapat meningkatkan kadar pengesanan orang yang dijangkiti.”

Ujian calitan dubur sebenarnya telah digunakan di China untuk mengesan COVID-19 sejak tahun lalu, terutamanya dalam kumpulan utama di pusat kuarantin. Namun, calitan dubur tidak akan digunakan seluas kaedah lain, semata-mata kerana teknik ini agak kurang selesa.



Antara kes yang membuktikan kaedah ini tepat adalah apabila terdapat kes seorang lelaki berusia 52 tahun yang bergejala termasuk batuk. Lelaki di Weinan, China itu yang berada di pusat pemerhatian perubatan kerana menjadi kontak rapat dengan pesakit COVID-19 lain pada awal Januari, dia pada mulanya diuji negatif. Tetapi dia kemudian diuji melalui ujian calitan dubur dan disahkan menghidap virus tersebut.

Calitan dubur untuk mengesan COVID-19 tetap menjadi kontroversi

Menggunakan calitan dubur untuk mengesan COVID-19 tetap menjadi kontroversi. Menurut Yang Zhanqiu seorang Timbalan Pengarah Jabatan Biologi Patogen di Universiti Wuhan, mengatakan bahawa calitan hidung dan tekak tetap menjadi ujian yang paling berkesan, kerana virus ini terbukti dijangkiti melalui saluran pernafasan atas, bukan sistem pencernaan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *