Amalkan suku suku separuh. Kisah ibu beranak empat turunkan berat 100kg ke 57kg

Amalkan suku suku separuh. Kisah ibu beranak empat turunkan berat 100kg ke 57kg

Masalah berlebihan berat badan dalam kalangan rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan lagi. Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 juga sudah membuktikan bahawa 50.1 peratus dalam kalangan orang dewasa kita ini menghadapi masalah berlebihan berat badan atau obesiti.



Keadaan seperti ini pastinya menambah rasa gerun kita semua. Bagi para wanita, cabaran untuk mendapatkan berat dan bentuk badan ideal itu pasti lebih besar kerana kesan daripada melahirkan anak. Jadinya, para wanita dan ibu-ibu di luar mungkin memerlukan sedikit motivasi dan inspirasi daripada orang lain agar kekal positif untuk menjaga kesihatan. Itulah yang telah dilakukan saudari Hidayah Adam yang sudi berkongsi tips berdietnya yang terbukti berjaya menurunkan berat badan dari 100kg ke 57kg dalam masa 11 bulan.

Perjalanan saya bermula bulan sembilan 2019 dan berjaya dapat berat ideal masa PKP 2020

Perubahan ketara olehnya. Imej dari FB Hidayah Adam

Melalui group FB Diet Suku Suku Separuh, saudari Hidayah Adam berkongsi secara umum bagaimana dia boleh berjaya melakukan semua ini. Dia yang kini berusia 33 tahun serta ibu kepada empat orang anak ini bermula untuk turunkan berat badan pada bulan September 2019. Beratnya ketika itu adalah 100kg.

“Perjalanan saya bermula bulan 9 (Sepetmber) 2019 dan berjaya dapat berat ideal masa PKP 2020. Perkara pertama saya buat adalah kurangkan bahagian (cut portion) makan saya. Sepenuhnya bertukar kepada suku suku separuh. Sekarang pun masih mengamalkan suku-suku separuh. Bagi saya portion ini sangat-sangat terbaik dan bagus untuk tubuh badan kita.” – tulis Hidayah Adam



Bagi yang masih tak tahu apa itu Suku Suku Separuh, ia adalah panduan pengambilan makan bagi satu hidangan. Yang mesti anda lakukan adalah “membahagikan” pinggan anda dengan cara berikut:

  • ¼ pinggan bijirin atau produk bijirin, lebih baik biji-bijian seperti beras perang atau roti gandum
  • ¼ pinggan ikan atau, ayam, daging, atau telur
  • ½ pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran

Sasarkan untuk cara hidup yang sihat dan bukan untuk kurus semata-mata

Bukan sahaja mementingkan keseimbangan makanan, dia turut mengamalkan dua jenis senaman, iaitu sukan Muay Thai dan latihan berat badan (bodyweight training). Senaman-senaman ini dilakukan tiga kali seminggu selama satu jam. Pesannya lagi, untuk mereka yang berjuang untuk turunkan berat badan agar kentalkan fizikal dan mental.

Sasarkan untuk cara hidup yang sihat dan bukan untuk kurus semata-mata. Perjalanan kita bukan berhenti bila kita dapat berat ideal tapi sepanjang kita hidup. Be healthy be fit! You can do it gurlz!”- tulis Hidayah Adam

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *