Boleh beli alat swab test COVID-19 di Vending Machine. Lelaki ini kongsi caranya

Boleh beli alat swab test COVID-19 di Vending Machine. Lelaki ini kongsi caranya

Ramai antara kita yang meminati negara Jepun, sama ada budaya, seni dan teknologinya. Untuk sesetengah rakyat Malaysia yang pernah menjejakkan kaki di negara matahari terbit ini, pasti banyak pengalaman yang ingin dikongsi kepada rakyat Malaysia. Seorang rakyat Malaysia, Kamal Zharif telah berkongsi satu pengalaman menarik mengenai vending machine di group FB Road TO Japan.

Jika di Jepun, perkara yang dia tak boleh dilupakan adalah banyaknya vending machine. Depan rumahnya sendiri di sana, jalan kaki tak sampai 10 saat sudah ada mesinnya. Katanya, kalau anda bernasib baik, mungkin boleh jumpa vending machine yang jual mee goreng, ayam goreng, sayur-sayuran, crepe, makanan palsu, atau air kosong panas.



Imej dari FB Kamal Zharif Bin Kamaludin

Ada vending machine yang menjual alat PCR Test, iaitu salah satu cara swab test untuk mengesan COVID-19

Dengan musim pandemik COVID-19, di Jepun sekarang ini sudah ada vending machine yang menjual alat PCR Test, iaitu salah satu cara swab test untuk mengesan COVID-19. Kalau di Malaysia, kita kena pergi klinik atau hospital untuk buat swab test ini. Tapi di Jepun, tak perlu lagi susah-susah nak tunggu giliran pergi ke klinik.

Harganya 3,500 yen (RM140), feelingnya macam RM35. Hmm, kalau saya jumpa vending machine itu lebih awal, lebih baik pakai yang itu berbanding habiskan duit 9,900 yen (RM396) pergi ke klinik. Bagi yang pernah mencubanya, ia ambil masa lebih kurang 5 minit. Setelah habis, pembeli perlu pos.” – tulis Kamal Zharif



Tulisnya lagi, seperti yang diberitahu oleh syarikat penyedia PCR, proses untuk tahu keputusan ambil masa dalam lebih kurang 24 jam setelah menerima sampel. Keputusan PCR akan dimaklumkan melalui apps smartphone. Jadi senang kerja pembeli. Kalau disahkan positif, syarikat akan terus menghubungi pembeli dan pejabat kesihatan. Di situ prosedur seterusnya akan diambil alih.

Pasti kita semua tertanya-tanya kenapa orang Jepun suka beli barang di vending machine?

Di Jepun, dikatan terdapat dalam 5 juta unit vending machine yang diletak merata-rata. Pasti kita semua tertanya-tanya kenapa orang Jepun suka beli barang di vending machine?

“Ia begini. Orang Jepun ini ada satu perangai. Nampak macam buruk tetapi berguna untuk orang nak jual sesuatu produk kepada bangsa matahari terbit. Kalau mereka nampak sesuatu produk/servis itu berikan nilai, mereka sanggup belanjakan duit untuk beli. Mahal pun mereka sanggup beli. Bagi kes vending machine, orang Jepun nampak ia servis yang menyenangkan mereka.” – tulis Kamal Zharif

Dia turut memberikan contoh mudah iaitu, bayangkan kita nak jimat duit beli botol air, tetapi kena naik basikal kayuh sedikit jauh ke supermarket. Kemudian berjalan kaki masuk ke dalam supermarket. Setelah itu jalan kaki lagi mencari air di rak jual yang panjang. Akhir sekali kena beratur panjang sebelum dapat bayar. Di kaunter, kena habiskan masa mendengar juruwang ‘membebel’ “tuan mahu plastik? Tuan ada point card?” Semua itu memakan masa hanya kerana mahu dapatkan sebotol air. Lebih baik habiskan masa tengok tv.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *