Sukar dicari ganti. Kisah Lee Chong Wei mengekalkan diet dan tahap kecergasan

Sukar dicari ganti. Kisah Lee Chong Wei mengekalkan diet dan tahap kecergasan

Prestasi pasukan badminton negara setakat ini, tidaklah cukup untuk menceriakan peminat badminton tanah air. Di sebalik kekurangannya taring pasukan negara kita, ramai antara kita yang mula merindui kelibat legenda pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Segala gelaran dan kejuaraan telah beliau kecapi di peringkat antarabangsa dan pernah bergelar pemain nombor satu dunia.



Setiap kejayaan yang luar biasa, pasti di belakangnya mempunyai nilai-nilai kerja keras yang luar biasa juga. Tidak semua pernah membaca rutin dan gaya hidup Datuk Lee Chong Wei sepanjang beliau aktif bermain badminton. Oleh sebab itu, beliau berada di tempatnya sekarang kerana tekad dan disiplin yang tekun.

Tidur jam 10 malam setiap malam dan bangun jam lima

Latihan yang begitu keras. Imej dari Ibtimes

Sepanjang kita menyaksikan setiap aksi mempersonakan Datuk Lee Chong Wei di dalam gelanggang, kita tidak menyedari betapa beratnya latihan dan panjangnya masa yang diambil beliau untuk menjadi wira Malaysia. Seperti dilaporkan, rutin harian beliau sangat luar biasa berbanding pemain lain.

“Beliau tidur jam 10 malam setiap malam dan bangun jam lima. Setelah selesai sarapan pada pukul tujuh, ia adalah satu hari latihan tanpa henti. Ini adalah coraknya sejak beliau berusia 16 tahun ketika beliau dimasukkan ke Sekolah Sukan Negara di Kuala Lumpur.” – petikan dari The Star

Di kolej, harinya bermula pada pukul 5 pagi dan beliau menjalani pelbagai program latihan sehingga jam 6.45 pagi. Selepas mandi dan sarapan pagi, kelas persekolahan akan bermula. Latihan akan disambung pada jam 3 petang dan berlangsung sehingga 6.30 petang. Selain itu, beliau sering berlari naik ke atas tangga Batu Caves yang mempunyai 272 anak tangga untuk kekal cergas. Baginya, naik dan turun dianggap sebagai satu set, bukan dua set.

Apa yang penting, sewaktu berlatih dengan Datuk Misbun Sidek, beliau adalah anak didik yang begitu bekerja keras dan menikmati sepenuhnya latihan yang disediakan.

“Seperti yang dijangkakan, kaedah latihan Datuk Misbun adalah keras dan sukar kedua-duanya. Kami ada seorang atau dua pemain yang mengalami kekejangan setiap hari. Saya seronok dengan latihan beliau setakat ini, kerana saya perlu meneruskannya untuk menjadi lebih baik dengan menekan diri saya lebih jauh.” – kata Datuk Lee Chong Wei

 Sangat sangat berhati-hati dengan apa yang dimakannya

Satu-satunya hari cuti untuknya, seperti kebanyakan rakyat Malaysia, adalah pada hari Ahad. Beliau akan menghabiskan masa bersama keluarganya. Beliau sangat sangat berhati-hati dengan apa yang dimakannya. Seringkali, beliau menjauhi makanan berminyak sepenuhnya seperti yang dicerminkan tubuhnya. Hampir tidak ada satu ons lemak, seperti yang kita lihat.



Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *