Nampak lebih cergas. Yang Berhormat ini kongsi rahsia badan semakin langsing

Perubahan berat dan saiz badan seseorang itu adalah salah satu ukuran bahawa seseorang itu berjaya dalam diet ataupun gaya hidupnya. Setiap mereka yang berjaya mempunyai perancangan dan teknik-teknik yang sesuai dengan badannya. Sebelum ini, kita banyak mendengar rahsia orang awam yang sudi berkongsi tips harian mereka dalam mendapatkan berat dan bentuk badan yang ideal.

Media sosial kali ini digemparkan dengan perubahan drastik dan ketara yang ditunjukkan melalui penampilan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun. Kebanyakan warga maya memuji penampilan barunya ini yang menjadi inspirasi untuk mereka yang sedang berjuang untuk menurukan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Datuk Seri makin fit, buat sukan apa sekarang?

Nampak makin muda. Imej dari info Rakyat

Pasti ramai antara kita yang tertanya-tanya, apakah rahsia di sebalik perubahan ketara ini bukan? Di Twitter, telah dikongsikan satu sedutan temu bual wartawan yang berjaya mendapatkan jawapan dari Rina Harun. Video berdurasi 30 saat tersebut memaparkan ahli politik berusia 47 tahun itu sedang ditemu bual dalam satu program di bawah kementeriannya.

Wartawan: Datuk Seri makin fit, buat sukan apa sekarang?

Rina Harun: Saya berbasikal, selain mengamalkan diet yang sihat, yang penting niat sebenarnya nak sihat.”

Itulah rahsia yang dikongsikan sendiri dari Rina Harun yang pasti mengejutkan dan memberi semangat kepada mereka yang berjuang menurunkan berat badan. Seperti kita tahu, berbasikal adalah salah satu cara terbaik untuk membakar kalori sambil mendapatkan tubuh badan yang cergas.

“Formula mudah, untuk menurunkan berat badan, adalah ‘kalori yang keluar mesti melebihi kalori yang masuk’. Oleh itu, anda perlu membakar lebih banyak kalori daripada yang anda makan untuk menurunkan berat badan. Berbasikal membakar kalori: antara 400 dan 1000 sejam, bergantung pada intensiti dan berat penunggang.” – Petikan dari Cycling Weekly

Perkara yang paling penting adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat

Perkara yang paling penting dalam apa jua usaha untuk menurunkan berat badan adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Terdapat banyak faktor untuk mempengaruhi gaya hidup sihat termasuk pengambilan kalori yang anda makan, kualiti tidur anda dan tentu sahaja jumlah masa yang anda habiskan untuk membakar kalori.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
KITASIHAT

Artikel Berkaitan