Tubuh kecil berkuasa roket. Kisah Azizul Hasni Awang mengekalkan stamina harian

Sukan Olimpik Tokyo sudah semakin hampir dengan kita yang mana ia dijangka berlangsung pada Julai 2021. Untuk kebanyakan rakyat Malaysia, kelibat atlet berbasikal trek negara, Azizul Hasni Awang atau The Pocket Rocketman pasti dinantikan. Ini kerana beliau menjadi harapan bagi misi membawa pingat emas pertama negara dari sukan Olimpik.



Walaupun misi itu belum tercapai lagi, namun Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) telah meletakkan beliau sebagai ranking nombor satu dunia bagi acara pecut individu baru-baru ini. Sekaligus menjadi pembakar semangat untuk dirinya serta inspirasi buat rakyat Malaysia. Seperti yang kita tahu, setiap kejayaan yang luar biasa mempunyai pengorbanan yang juga luar biasa. Di sebalik pecutan mempersonakannya, banyak tenaga dan keringat telah beliau curahkan untuk sampai ke tahap ini.

Rutin saya bermula pada pukul 5 pagi untuk menyiapkan diri bagi sesi latihan pagi

Latihan memecut oleh Azizul Hasni. Imej dari Sukanz

Dunia sukan berbasikal menggelarnya Pocket Rocketman kerana ukuran badannya yang kecil, namun memecut seperti roket untuk mengalahkan penunggang basikal lain yang bersaiz lebih besar. Bayangkan, berapa banyak kayuhan dan stamina beliau perlukan untuk mengalahkan mereka yang bersaiz lebih besar? Walaupun merupakan seorang pelajar di Asutralia, beliau tetap berdisiplin dengan sesi laithannya.

“Saya berlatih enam hingga lapan jam sehari bergantung pada program dan blok latihan. Rutin saya bermula pada pukul 5 pagi untuk menyiapkan diri bagi sesi latihan pagi. Latihan bermula pada pukul 6 pagi sama ada di gim atau berbasikal di jalan raya, yang biasanya berlangsung selama dua hingga tiga jam. – kata Azizul Hasni kepada Sun Daily

Sepanjang semesternya di universiti, beliau akan terus ke universiti selepas latihan, dan selepas kelas, beliau akan terus ke velodrome. Latihan di velodrome bermula pada pukul 1 petang dan selesai sekitar jam 4 petang hingga 5 petang. Kemudian, beliau pulang ke rumah untuk makan malam, menghabiskan masa bersama keluarga dan mengulang kaji pelajarannya.

Baginya berbasikal adalah salah satu bentuk senaman dan rekreasi terbaik

Baginya, sukan berbasikal adalah sukan paling menarik di dunia. Ia menggabungkan semua elemen kemahiran, kepantasan, kekuatan dan kecergasan. Pada masa yang sama, berbasikal adalah salah satu bentuk senaman dan rekreasi terbaik. Nasihatnya adalah bahawa dalam apa sahaja yang anda lakukan, anda harus terus mencuba, bersabar dan jangan menoleh ke belakang.



Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
KITASIHAT

Artikel Berkaitan