Kurangkan berselfie ketika berlari. Lelaki ni turunkan berat badan 125kg ke 71kg

Keadaan seperti ini pastinya merisaukan kita semua yang betul-betul nak jaga kesihatan. Jadinya, kita memerlukan sedikit motivasi dan inspirasi daripada orang lain agar kekal positif untuk menjaga kesihatan. Saudara Amierzue Fidodido telah berkongsi rahsianya tersendiri di Group FB Malaysia Runners, sehingga menyebabkan dia berjaya menurunkan berat dan serta hidup dengan sihat.
Kurangkan berselfie, banyakkan berlari
“Saya ingin berkongsi tips bakar lemak dengan berkesan. Kurangkan berselfie, banyakkan berlari. Apa-apa pun nikmatilah setiap larian yang anda lakukan dan sentiasa kekal dalam keadaan sihat selalu. Keep running always, find time for the things that make you feel happy to be alive. Go run!!” – tulis Amierzue Fidodido
Berlari adalah cara yang berkesan untuk bakar kalori
Menurut sebuah carta yang dikeluarkan oleh Majlis Sukan Amerika Mengenai Senaman (ACE) , seorang lelaki dengan berat 120 paun (54kg) akan membakar kira-kira 11.4 kalori seminit semasa berlari. Jadi jika orang itu berlari selama 10 minit, mereka akan membakar 114 kalori. Sekiranya orang itu beratnya 180 paun (81kg), pembakaran kalori meningkat hingga 17 kalori seminit. Pelari yang mempunyai berat itu juga akan membakar 170 kalori dengan jarak 10 minit yang sama.
Jadi, tunggu apa lagi. Banyakkan berlari dan kurang berselfie, demi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan harian kita semua.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat