Kisah model Alicia Amin yang pernah cuba bunuh diri tapi berjaya mengatasinya

Kisah model Alicia Amin yang pernah cuba bunuh diri tapi berjaya mengatasinya

Seorang model dan merupakan bekas peserta program Asia’s Next Top Model, Alicia Amin telah sah menjadi isteri kepada seorang doktor, Farzan Iqbal. Majlis pernikahannya telah berlangsung mengikut SOP dah hanya dihadiri oleh enam orang sahaja ahli keluarga terdekat. Walaupun sebelum ini pernah berdepan kontroversi menonjolkan tubuh tanpa sebarang pakaian dalam satu sesi bergambar, perkahwinannya ini menjadi detik positif bagi para peminatnya.



Walaupun begitu, mungkin ramai yang belum tahu bahawa dia pernah berdepan pengalaman untuk cuba membunuh diri sendiri. Perkongsian yang dilakukannya diceritakan kepada khalayak agar mereka yang berdepan masalah sama, dapat mengatasinya suatu hari nanti.

Terpaksa berada di wad psikiatri selama seminggu kerana cuba membunuh diri

Karier sebagai seorang model. Imej dari Meriahuoll

Pada awal tahun 2017, dia terpaksa berada di wad psikiatri selama seminggu kerana cuba membunuh diri tapi gagal. Semua ini berlaku selepas dia tamat menjalani penggambaran Asia’s Next Top Model sebelum berpindah dari Melbourne, Australia. Menurutnya lagi, sewaktu itu, dia masih belum belajar lagi cara mempertahankan diri sendiri secara mental.

“Saya tidak dapat menjanjikan bahawa semuanya akan berlaku mengikut kehendak kamu, tetapi hidup ini memang sukar untuk diramal.



Kita semua melalui kepayahan berbeza, kejahatan yang berlainan tetapi saya gesa anda semua untuk bertahan lebih lama dan membenarkan diri kamu untuk melakukan beberapa lagi kesilapan dan berkata ya kepada semua kasih sayang sebelum berputus asa.” – tulis Alicia Amin di IG

Terus mencuba walaupun masih melakukan kesilapan

Mesej yang cuba dia sampaikan adalah untuk seseorang itu agar jangan berputus asa dan terus mencuba walaupun masih melakukan kesilapan. Tulisnya lagi, dengan hanya sedikit kepercayaan, kemaafan dan kebaikan daripada diri sendiri, ia sebenarnya dapat membantu memulihkan keadaan kembali.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *