Seorang kanak-kanak berumur 9 tahun mati akibat COVID-19 di Malaysia. Ini sebabnya

Seorang kanak-kanak berumur 9 tahun mati akibat COVID-19 di Malaysia. Ini sebabnya

Sehingga 14 Februari 2021, jumlah keseluruhan kematian akibat jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 965 dilaporkan berdasarkan laporan daripada CPRC Kebangsaan. Melalui Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan bahawa kelmarin (14 Februari) , antara 7 kes kematian yang dilaporkan, termasuklah seorang kanak-kanak berusia 9 tahun.



Mangsa seorang kanak-kanak lelaki yang dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas meninggal dunia akibat Covid-19 dan mempunyai sejarah penyakit medulloblastoma. Kanak-kanak itu juga merupakan kes kematian ke-962 pada hari disahkan meninggal dunia. Ia merupakan berita yang sangat sedih buat kita seluruh rakyat Malaysia.

Ketumbuhan barah otak yang paling biasa pada kanak-kanak

Kawasan medulloblastoma. Imej dari Mayo Clinic

Medulloblastoma boleh berlaku kepada sesiapa pun, tetapi paling kerap berlaku pada anak kecil. Walaupun medulloblastoma jarang berlaku, ia adalah ketumbuhan barah otak yang paling biasa pada kanak-kanak. Medulloblastoma adalah ketumbuhan barah otak (malignan) yang bermula di bahagian bawah otak belakang, yang disebut cerebellum. Cerebellum terlibat dalam koordinasi otot, keseimbangan dan pergerakan.



Medulloblastoma cenderung tersebar melalui cecair yang dipanggil cerebrospinal (CSF) – cecair yang mengelilingi dan melindungi otak dan saraf tunjang anda – ke kawasan lain di sekitar otak dan saraf tunjang. Ketumbuhan ini jarang merebak ke kawasan badan yang lain.

Medulloblastoma adalah sejenis ketumbuhan embrio – ketumbuhan yang bermula di sel janin (embrio) di otak. Berdasarkan pelbagai jenis mutasi gen, sekurang-kurangnya terdapat empat jenis medulloblastoma. Walaupun medulloblastoma bukan penyakit keturunan, namun sindrom seperti sindrom Gorlin atau sindrom Turcot dapat meningkatkan risiko medulloblastoma.

Gejala ini mungkin berkaitan dengan ketumbuhan itu sendiri atau disebabkan oleh penumpukan tekanan di dalam otak

Tanda dan gejala medulloblastoma berkemungkinan termasuklah sakit kepala, loya, muntah, letih, pening, penglihatan berganda, koordinasi yang buruk, berjalan tidak stabil dan masalah lain. Gejala ini mungkin berkaitan dengan ketumbuhan itu sendiri atau disebabkan oleh penumpukan tekanan di dalam otak.

Kanak-kanak perlu dirawat di pusat yang mempunyai pasukan pakar pediatrik yang berpengalaman dalam ketumbuhan otak kanak-kanak, dengan akses kepada teknologi dan rawatan terkini untuk kanak-kanak.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published.