Sayur dari Ladang Menegak ini bakal menjadi rebutan rakyat Malaysia. Ini sebabnya

Kauliti sayur-sayuran segar di Malaysia masih menjadi tanda tanya dan dipertikaikan. Ini kerana terdapat banyak masalah yang timbul di dalam pasaran tempatan. Bermula dengan saluran pasaran sayur segar yang tidak menyeluruh antara bandar dan luar bandar, sehingga sistem rantaian bekalan yang melibatkan terlalu ramai orang tengah menjadi punca sayur yang sampai kepada pengguna tidak berkualiti dan mahal.
Salah satu jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah dengan memperkenalkan konsep ladang menegak atau vertical farming. Sistem ini dilakukan dengan menghasilkan tanaman di dalam bangunan, menara atau lereng dan sebagainya, dan menjimatkan sepenuhnya tanah kerana struktur menegaknya yang dapat menampung tumbuhan, haiwan, kulat dan sebagainya.
Ladang menegak ini telah pun menjadi realiti di Seri Kembangan, Selangor seperti ladang menegak yang dibangunkan oleh syarikat teknologi agro, Agroz Group.
Walaupun bukan seorang petani, tapi banyak membantu memperkenalkan teknologi kepada pekebun kecil

Ladang menegak yang dibangunkan Agroz Group ini akan terus berkembang dengan ladang seluas 3,000 kaki persegi di Sungai Buloh yang sedang dibangunkan serta ladang komersial di Shah Alam seluas 90,000 kaki persegi. Walaupun pengasasnya, Gerard Lim bukanlah seorang petani, dia tahu bahawa teknologi dapat membantu meningkatkan pengeluaran berkualiti untuk penggunaan tempatan dan meningkatkan rantaian bekalan tempatan untuk sayur-sayuran.
“Pendedahan dan pengalaman saya dengan pertanian bermula sekitar lima tahun yang lalu, ketika saya memperkenalkan penyelesaian pertanian pintar menggunakan sensor, Internet of Things dan Big Data kepada pelbagai petani. Tetapi saya dapati bahawa banyak petani di Malaysia adalah pekebun kecil yang tidak mampu menggunakan teknologi tersebut.” – kata Gerrard Lim
Kerja-kerja membekalkan sayur-sayuran segar ini amat penting kerana secara umumnya rakyat Malaysia lebih gemar memakan sayur pada zaman sekarang. Pada tahun 1981, seorang rakyat Malaysia hanya memakan 27.25kg setahun, ia meningkat naik kepada 40.58kg selepas 20 tahun kemudian.

Usaha Gerrard Lim ini juga tidaklah secara bersendirian kerana terdapat keinginan yang kuat dari rakan dan kenalannya yang menginginkan sayur-sayuran yang lebih bersih dan segar dari ladang yang dekat dengan kawasan penduduk. Manfaat dari usahanya ini juga akan mempermudah rantaian bekalan sayur-sayuran sambil mengurangkan kos pengangkutan jarak jauh.
Ladang menegak dianggap sebagai hospital makanan
Kesan penerapan konsep ladang menegak ini tidak terhenti sekadar menyediakan sayur-sayuran yang lebih segar sahaja. Ini kerana ladang-ladang menegak di kawasan bandar mewujudkan suasana yang lebih lestari. Penduduk yang tinggal berdekatan ladang akan tetap merasa selamat, dapat menghirup udara yang lebih bersih, minum air minuman yang selamat, selamat dari pembaziran sisa cecair awam, mewujudkan pekerjaan baru dan kurangnya kawasan bangunan dan lot tanah yang terbengkalai.
Selain itu, ladang menegak mempunyai kelebihan walaupun berlaku perubahan musim sama ada cuaca kering atau lembap. Apa yang menarik, para pengkaji berpendapat bahawa ladang menegak ini dianggap sebagai hospital bagi makanan yang berfungsi secara ekologi kepada bandar. Ini bermaksud apabila wujudnya ladang ini, maka infrastruktur yang lebih canggih akan mula muncul seperti pengurusan sisa, perkhidmatan hidrologi dan sistem pengurusan air. Sekaligus, pembangunan bandar yang lebih mesra alam akan muncul.
Jika sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Agroz Group dan Agroz Indoor Vertical Farms boleh menghubungi [email protected] atau melayari AgrozGroup.com.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat