Pengasas kosmetik cium mulut adik angkat. Ini tanda grooming seksual anak kecil

Pengasas kosmetik cium mulut adik angkat. Ini tanda grooming seksual anak kecil

Isu seorang pengasas kosmetik berkongsi video cium mulut adik angkatnya telah menimbulkan kontroversi di media sosial. Ia turut mendapat perhatian ramai orang berpengaruh termasuk Tengku Mahkota Johor (TMJ), yang menyatakan tindakan itu salah. Baginda menyeru agar ibu bapa peka dan mengingatkan kanak-kanak mengenai gangguan seksual.



Dilaporkan bahawa pengasas kosmetik itu telah pun ditahan oleh pihak polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11) untuk disoal siasat. Dalam pada itu, beberapa orang aktivis berpendapat bahawa tindakan pengasas itu mencium mulut mempunyai tanda-tanda sexual grooming (pengantunan seksual) terhadap kanak-kanak.

Sexual Grooming berdasarkan apa yang dilihat nampaknya agak jelas

Seorang aktivis terkenal NGO, Persatuan Untuk Anak Kita (PUAKPayong) iaitu Syed Azmi telah menyatakan pendapatnya mengenai isu ini. Baginya, anak kecil dicium itu hidup dalam spektrum ini agak istimewa, kerana dikatakan autisme. Oleh itu, dia bergantung pada persekitaran dan tunjuk ajar dewasa sekeliling. Dia juga menyatakan bahawa anak kecil itu mungkin sudah dijadikan mangsa sexual grooming.

“Pengantunan atau Sexual Grooming berdasarkan apa yang di lihat nampaknya agak jelas kerana perbuatan itu tidak mencerminkan norma budaya timur yang biasa, jurang umur yang jauh bezanya dan juga hubungan antara kanak-kanak dan dewasa itu.



Dalam takrifan klasik Sexual Grooming bagi saya adalah perlakuan yang berulang kali sehingga kanak kanak tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan itu sehingga dirasakan normal. Jika diteruskan boleh menjurus ke perlakuan yang lebih extreme.” – tulis Syed Azmi

Menurutnya lagi, perlakuan sebegini tidak wajar di pra-tontonkan kerana boleh menjadi ikutan dan normalisasi budaya yang tidak molek dan bagi kanak-kanak, boleh jadi keliru. Ini ditambah lagi dengan orang dewasa terlibat merupakan seorang influencer dan walaupun ini merupakan tabiat biasa (seperti yang disebut), dia khuatir dengan populariti dan jumlah pengikut yang ramai, takut takutlah jadi ikutan.

Boleh tak bayangkan hidupnya bila makin dewasa dan video ini tersebar dalam dunia web

Selain itu, Syed Azmi juga risau dengan kesihatan mental kanak-kanak yang terlibat itu. Dengan gambar videonya di pra-tonton, boleh tak bayangkan hidupnya bila makin dewasa dan video ini tersebar dalam dunia web selama-lamanya. Dia yakin kasih sayang ada dalam keluarga dan hubungan ini wujud, tapi ada batasnya.

Untuk tunjuk kasih sayang serta hormat antara satu sama lain, ada caranya yang betul. Tegurlah kalau boleh. Pesannya lagi, gunakanlah method diversion dan juga kaunseling untuk yang terlibat kerana mudharatnya lebih dari yang baik sebab kalau “menghukum” tanpa mereka faham apa yang berlaku (terutama kanak kanak itu) mungkin pemulihan tidak akan tercapai.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *