Bentuk baru virus COVID-19 ditemui lagi di UK. Dikesan sebagai “mutasi B1525”

Walaupun beberapa negara di dunia ini telah menjalankan program vaksinasi terhadap rakyat masing-masing, namun para penyelidik masih menemui mutasi baru virus COVID-19. Terbaru adalah penemuan varian baru COVID-19 di UK yang agak membimbangkan menurut para pakar di sana. Sebelum ini, di UK juga menjadi lokasi penemuan varian baru B117.
Varian terbaru ini dikenali sebagai B1525 yang dilaporkan oleh para penyelidik di University of Edinburgh. Ia telah dikesan melalui penjujukan genom di 10 buah negara termasuk Denmark, AS dan Australia, dengan 32 kes ditemui di UK setakat ini . Penejejakan terawal bertarikh bermula Disember dan telah muncul di UK dan Nigeria.
Apakah itu varian baru B1525?

Pasukan penyelidik mengatakan bahawa varian tersebut mempunyai persamaan dalam genomnya dengan varian Kent, B117, dan ia mengandungi sejumlah mutasi yang telah membimbangkan mereka, termasuk mutasi E484K pada pepaku protein (spike protein) – protein yang terdapat di bahagian luar virus yang memainkan peranan penting dalam membantu virus memasuki sel.
Mutasi E484K ini terdapat dalam varian yang muncul di Afrika Selatan dan Brazil dan dianggap membantu virus menghindari meneutralkan antibodi. Menurut Profesor Mikrobiologi Selular di University of Reading, Dr Simon Clarke mengatakan bahawa walaupun tidak jelas apa kesan mutasi pada kemampuan koronavirus untuk mewujudkan jangkitan, atau pada keparahan penyakit, kehadiran mutasi E484K yang diketahui dalam varian Afrika Selatan, boleh mengganggu kekebalan vaksin.
“Kami belum tahu seberapa bagus varian [baru] ini akan tersebar, tetapi jika berjaya, boleh dianggap kekebalan dari sebarang vaksin atau jangkitan sebelumnya akan hilang,” – kata Dr Simon Clarke
Tidak ada bukti bahawa kumpulan mutasi ini menyebabkan penyakit yang lebih parah
Pihak Kesihatan Awam England mengatakan bahawa meraka sedang memantau data tentang varian yang muncul ini dengan sangat dekat. Jika terdapat ruang untuk campur tangan pihak mereka, ujian tambahan serta peningkatan penjejakan kontak akan dilakukan sama sekali. Bagi mereka, setakat ini tidak ada bukti bahawa kumpulan mutasi ini menyebabkan penyakit yang lebih parah atau peningkatan penularan.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat