Ini kesan racun kepada sayuran. Kami bawakan alternatif sayur tanpa racun

Ini kesan racun kepada sayuran. Kami bawakan alternatif sayur tanpa racun

Maklumat dan informasi tanpa sempadan telah mengubah pemikiran rakyat Malaysia. Dari segi pemakanan, pendedahah demi pendedahan mengenai makanan yang baik untuk kesihatan, semakin mendapat tempat dalam kehidupan seharian masyarakat. Perubahan yang rancak ini telah menyebabkan industri makanan organik juga menerima manfaatnya.

Di seluruh dunia, industri makanan organik adalah perniagaan yang berkembang pesat. Ini terbukti apabila syarikat jual beli online terbesar dunia, Amazon mengumumkan pembelian produk organik besar-besaran dari pembekal barang organik, Whole Food. Hal ini pasti akan mempengaruhi pasaran produk organik di Malaysia dalam masa terdekat.

Dalam situasi seperti ini, pengambilan produk organik seperti sayur organik dalam kehidupan seharian tidak boleh dinafikan lagi. Ia lebih mudah didapati pada masa kini dan akan datang untuk semua lapisan masyarakat. Dengan banyak kelebihan pada produk organik, mari kita lihat satu persatu kelebihannya.

1) Produk yang bersih dari racun perosak penyebab kanser

Sayur-sayuran, buahan-buahan dan biji-bijian organik ditanam tanpa penggunaan racun perosak sintetik atau baja tiruan. Walaupun terdapat bahan kimia yang dianggap selamat dalam kuantiti yang digunakan dalam pertanian konvensional, pakar kesihatan masih memberi amaran mengenai potensi bahaya terhadap pendedahannya secara berulang kepada pengguna.

“Contohnya, racun perosak jenis Herbicide yang biasa digunakan, telah disenaraikan sebagai bahan yang berkemungkinan menyebabkan kanser kepada manusia (karsinogen). Begitu juga racun serangga jenis Chlorpyrifos yang dikaitkan sebagai punca kelewatan perkembangan pada bayi.”

Penggunaan teknik penanaman yang berbeza pada produk organik telah menyebabkan pengurangan hampir separuh peratus kandungan elemen kadmium –  logam berat beracun yang terkumpul di hati dan buah pinggang. Hanya dengan makan produk organik termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, dan biji-bijian, kita dapat mengelak daripada semua perkara-perkara merbahaya ini.

2) Lebih membantu menguatkan sistem imun manusia

Pertanian konvensional yang dijalankan kebiasaannya bertujuan untuk meningkatkan hasil, walaupun menggunakan apa kaedah dan cara sekalipun. Oleh sebab itu, idea menghasilkan lebih banyak bijirin, daging dan buah-buahan secara besar-besaran akan melalui pengubahsuaian genetik dan penggunaan hormon pertumbuhan.

Kaedah-kaedah itu dapat menyelesaikan beberapa masalah untuk mencukupkan sumber makanan di dunia. Namun begitu, dalam jangka masa panjang, masyarakat dunia akan berdepan masalah berkaitan alahan dan penurunan kekuatan sistem imun yang besar.

Dengan memakan makanan organik, risiko penurunan kekuatan sistem imun dapat dikurangkan dengan ketara kerana makanan organik sama sekali tidak diubah suai. Tambahan pula, makanan organik mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang berkualiti dan lebih membantu menguatkan sistem imun manusia.

3) Menyumbang kepada pengambilan antioksidan yang lebih baik dari segi pemakanan

Kesan positif antioksidan terhadap kesihatan keseluruhan telah terbukti dalam sejumlah kajian ilmiah, terutama yang berasal dari makanan organik. Ini kerana makanan organik bebas daripada bahan kimia asing yang biasanya bertindak balas dengan vitamin, sebatian organik dan mineral sehingga menurunkan kesan positif antioksidan dalam produk makanan.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan makanan organik dapat menyumbang kepada pengambilan antioksidan yang lebih baik dari segi pemakanan dan pendedahan terhad kepada logam berat (heavy metals). Sebagai contoh, para penyelidik mendapati bahawa bawang organik mempunyai kandungan antioksidan sekitar 20% lebih tinggi daripada bawang yang ditanam secara konvensional.

Kesan-kesan positif antioksidan yang diperoleh dari makanan organik adalah termasuk pencegahan penyakit jantung, barah, masalah penglihatan dan penuaan pramatang.

4) Rasanya yang lebih sedap serta mesra alam semulajadi

Selain daripada pemakanan, struktur mineral dan gula dalam makanan organik memang sedap kerana tanaman diberi lebih banyak masa untuk berkembang dan matang. Penggunaan teknik pertanian semula jadi dan mesra alam menjadi faktor untuk rasa yang lebih baik dalam produk makanan organik.

Makanan organik yang ditanam juga, tidak menimbulkan terlalu banyak gangguan terhadap sumber-sumber alam sekitar yang menyokong kehidupan sihat. Oleh kerana bahan kimia berbahaya dilarang dalam pertanian organik, terdapat kurang pencemaran air, udara dan tanah sehingga memastikan persekitaran yang lebih sihat dan selamat. Secara tepatnya, pertanian organik mengurangkan implikasi kesihatan manusia dalam jangka masa panjang yang disebabkan oleh pencemaran.

5) Boleh dimakan selepas 6 jam dituai dengan harga yang berpatutan

Harga berpatutan, dapat sayur banyak ni…

Seperti yang kita tahu, kebanyakan produk organik seperti sayur mungkin lebih mahal daripada produk biasa. Selepas membaca semua kelebihan produk organik ini tadi, mungkin kita boleh membeli dengan harga yang berpatutan untuk mendapatkannya. Untuk sayur organik, anda semua boleh sahaja dapatkan melalui rakan kami, BoomGrow. Bayangkan, hanya dengan RM45.00 (tak sampai RM50), anda boleh dapat:

  • 2 jambak Lollo Rosso / Bionda / Butterhead (200g)
  • 1 jambak Romaine (90g)
  • 4 jambak Kale (210g)
  • 2 jambak Rocket (100g)
  • 1 paket Mint (percuma)

Memang berbaloi kalau nak dibandingkan pembelian di tempat lain. Pemakanan sayur organik seperti ini sangat bagus untuk ibu yang hamil, orang tua atau pun mereka yang berdepan alahan. Jika anda berada di sekitar Lembah Klang dan Langkawi, boleh buat tempahan di siniPenghantaran akan dibuat dalam lingkungan 6 jam selepas dituai.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *