Anak Kelantan ini adalah juruterbang pesawat yang membawa pulang vaksin pertama

Anak Kelantan ini adalah juruterbang pesawat yang membawa pulang vaksin pertama

Seperti yang kita tahu, kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada jam 10.00 pagi, pada tarikh 21 Februari 2021, dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo).

Perjalanan vaksin ini agak jauh kerana bermula dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global. Kemudiannya, vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.



Vaksin ini (312,390 dos) diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300. Ini merupakan berita gembira untuk seluruh rakyat Malaysia yang telah lama menanti-nanti kedatangan vaksin ini sebagai usaha untuk membendung wabak COVID-19.

Insan yang bertanggungjawab itu ialah Kapten Hamdan Che Ismail

Wajah Kapten Hamdan Che Ismail. Imej dari KKM

Dalam misi penerbangan yang panjang ini, penghargaan juga perlu diberikan kepada juruterbang yang bertanggungjawab menerbangkan pesawat tersebut. Insan yang bertanggungjawab itu ialah Kapten Hamdan Che Ismail. Beliau adalah juruterbang terpilih yang menerbangkan pesawat A330 MAS yang membawa pulang vaksin pertama COVID-19 ke negara kita.



Secara ringkasnya, Kapten Hamdan berasal dari Tumpat, Kelantan. Beliau sudah 29 tahun berkhidmat dengan MAS. Terima kasih diucapkan kepada beliau atas kerjanya yang dijalankan dengan baik dan selamat.

“Saya amat terharu kerana dapat menjadi sebahagian daripada acara penting negara pada hari ini” – kata Kapten Hamdan

 YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin  adalah ndividu pertama yang akan menerima vaksin

Kerajaan telah membuat keputusan agar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diawalkan kepada 24 Februari ini iaitu Rabu. Individu pertama yang akan menerima vaksin ialah Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin diikuti Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan beberapa petugas kesihatan.

Ada tiga peringkat Program Imunisasi:

  • Fasa 1 (Februari – April 2021): petugas barisan hadapan;
  • Fasa 2 (April – Ogos 2021): warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi; dan
  • Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022): penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *