Vaksin bukan DAJJAL. Ini kandungan vaksin tanpa unsur dajjal yang kita perlu tahu

Vaksin bukan DAJJAL. Ini kandungan vaksin tanpa unsur dajjal yang kita perlu tahu

Sudah lebih setahun dunia berhadapan pandemik COVID-19 tanpa kita sedar. Jumlah kematian dan kes positif juga agak menggerunkan jika dilihat satu persatu di seluruh dunia. Dengan penemuan dan penghasilan vaksin sekarang, ia sedikit sebanyak akan memberi jalan keluar kepada masyarakat dunia daripada pandemik ini.

Setelah beberapa negara telah memulakan program vaksinasi mereka, giliran Malaysia pula hampir tiba pada 24 Februari, apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama yang akan menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer-BioNtech. Pastinya ini akan menjadi jalan penyelesaian untuk negara kita yang sudah bertungkus lumus melawan pandemik ini.



Namun agak menyedihkan apabila vaksin yang kita terima telah dikaitkan oleh segelintir masyarakat sebagai dajjal. Fahaman ekstremis seperti telah membuatkan orang ramai berasa marah dan bukti ceteknya fahaman Sains dalam sesetengah masyarakat kita.

Apakah isi kandungan vaksin Pfizer-BioNtech?

Dalam menghadapi khabar angin yang dikeluarkan sekumpulan teori konspirasi seperti terdapat mikrocip dalam vaksin dan sebagainya. Bahan-bahan di dalam vaksin Pfizer-BioNtech perlu disenaraikan untuk dibaca oleh orang awam. Seperti yang diterangkan oleh bahagian Pentadbiran Makanan dan Dadah AS, berikut adalah isi kandungan vaksin Pfizer:




Bahan aktif:

  • RNA penghantar yang diubahsuai-nukleosida (modRNA) yang mengekodkan glikoprotein pepaku virus (S) SARS-CoV-2

Lipid:

  • (4-hydroxybutyl)azanediyl)bis(hexane-6,1-diyl)bis (ALC-3015)
  • (2- hexyldecanoate),2-[(polyethylene glycol)-2000]-N,N-ditetradecylacetamide (ALC-0159)
  • 1,2-distearoyl-snglycero-3-phosphocholine (DPSC)
  • kolestrol

Garam:

  • kalium klorida
  • kalium fosfat monobasik
  • natrium klorida
  • natrium fosfat asas dihidrat

Lain-lain:

  • sukrosa

Vaksin ini bukan agenda illuminati yang mahu menubuhkan New World Order

Seperti yang kita baca di atas, tiada unsur dajjal dan tiada mikrocip di dalam setiap vaksin. Ini semua hanya maklumat palsu yang kita tidak pasti apa tujuan ia disebarkan di media sosial. Oleh sebab itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyarankan agar orang ramai menyebarkan fakta dan kajian Sains mengenai vaksin.

“Tiada bukti vaksin ini memudaratkan nyawa atau kesihatan mereka. Vaksin ini tidak akan mengubah DNA penerima. Vaksin ini tidak mengandungi microcip untuk mengambil alih pemikiran kita. Vaksin ini bukan agenda illuminati yang mahu menubuhkan New World Order. Vaksin ini dihasilkan oleh sains,” – kata Khairy Jamaluddin

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *