Vaksin agenda mereka? Ini tokoh agama sana penghasut rakyat Israel menolak suntikan

Vaksin agenda mereka? Ini tokoh agama sana penghasut rakyat Israel menolak suntikan

Sejak kempen vaksin COVID-19 mula dilancarkan pada Disember tahun lalu, lebih seperempat (25%) rakyat Israel telah menerima kedua-dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech. Manakala lebih 42% telah menerima suntikan pertama. Israel adalah negara yang piling tinggi kadar rakyat disuntik vaksin di dunia setakat ini. Maka, banyak negara sedang memerhati pengalaman Israel untuk memahami apa kebarangkalian yang akan berlaku pada masa hadapan.



Berdasarkan pemerhatin terperinci, nampaknya Israel sedang berhadapan masalah apabila berlaku penurunan kadar orang yang datang menyuntik vaksin. Pada bulan Februari 2021, secara puratanya, 106,000 rakyat divaksin setiap hari yang mana jumlah ini menurun berbanding bulan sebelum ini, seramai 127,000 orang disuntik setiap hari.

Rabbi-rabbi Yahudi yang popular telah menyebarkan fakta palsu

Rabbi Yuval Asherov yang menghasut pengikutnya. Imej dari Times of Israel

Setelah berada paling hadapan di dunia dalam program vaksinasi, kerajaan Isreal mengakui bahawa terdapat penyebaran maklumat yang salah dan palsu yang menyebabkan kadar sedia ada menurun. Dalam komuniti ultra-Ortodoks Yahudi, di mana penggunaan internet rendah, respon terhadap vaksin selalunya lebih rendah dari segi teknologi.

Ditambah pula dengan dengan rabbi-rabbi Yahudi yang popular telah menyebarkan fakta palsu pada poster yang dikenali sebagai pashkevil. Secara atas talian pula, Rabbi Yuval Hacohem Asherov yang terkenal pula telah menghasut pengikutnya untuk tidak mengambil vaksin melalui penerangannya di dalam video. Videonya itu menerima tontonan ratusan ribu dengan mendakwa bahawa vaksin COVID-19 boleh menyebabkan kematian.

“Kenapa lari? Kenapa vaksin sekarang? Mari kita lakukan dalam setengah tahun lagi – mungkin. Mari kita lihat apa yang berlaku … Mengapa orang Swiss dan China harus menggunakan kita sebagai tikus eksperimen untuk melihat apa yang terjadi?” – kata Rabbi Yuval Hacohem Asherov



Kementerian Kesihatan meminta Kementerian Kehakiman untuk cuba mengeluarkan video Rabbi sherov dari YouTube dan mengatakan bahawa dia “membahayakan orang ramai.”

Keengganan beberapa kumpulan untuk vaksin menyebabkan kadar jangkitan tetap tinggi

Kementerian Kesihatan Israel, yang memelopori usaha vaksinasi, menggunakan peringatan dan insentif ketika berusaha meyakinkan orang yang enggan untuk mendapatkan imunisasi. Usaha turut dipertingkatkan oleh pasukan tugas digital untuk mengatasi penyebaran maklumat palsu tentang vaksin, sementara pemimpian daerah menggunakan pengaruh DJ dan menawarkan makanan sedap untuk memikat orang ke pusat vaksinasi. Selain itu, konsert dan muzium tidak lama lagi hanya membenarkan orang yang divaksin sahaja untuk menyertainya.

Keengganan beberapa kumpulan penduduk untuk mendapat vaksin adalah sebab utama mengapa kadar jangkitan tetap tinggi di Israel.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *