Tak semua sperma bergerak. Ini ciri-ciri sperma yang sihat perlu ada dalam air mani

Tak semua sperma bergerak. Ini ciri-ciri sperma yang sihat perlu ada dalam air mani

Bagi seorang lelaki yang sudah mempunyai pasangan, cabaran kesuburan pastinya sesuatu yang sangat genting untuk dihadapi. Selain faktor emosi dan impak perhubungan, kesihatan sperma juga mempunyai kaitan dengan konsep kejantanan seseorang lelaki. Pendidikan mengenai sperma yang sihat agak kurang dibangkitkan dalam masyarakat kita ketika ini, walaupun ia suatu perkara yang penting.

Sebuah analisis pada tahun 2017 terhadap 43,000 orang lelaki mendapati bahawa jumlah sperma dalam air mani lelaki di seluruh dunia menurun dengan ketara dari tahun 1973 hingga 2011. Seperti yang kita tahu, seks, kesuburan dan kehamilan adalah proses yang sukar serta bergantung pada banyak faktor.



Salah satu langkah kecil dan positif dalam hal ini adalah mengambil tahu tentang ciri-ciri sperma yang sihat. Berikut adalah sedikit informasi mengenai sperma yang sihat seperti yang dikongsikan oleh portal Healthline.

Jumlah sperma yang sihat adalah kira-kira 15 juta atau lebih untuk setiap mililiter (mL) air mani

Isu kemandulan bukan sahaja hanya masalah wanita. salah satu faktornya juga berpunca dari seorang lelaki. Secara jelasnya, sangat penting bagi seseorang lelaki untuk mempunyai sperma yang sihat. Terdapat tiga elemen penting dalam menentukan sperma yang sihat:

  1. Kuantiti (Isipadu): Jumlah sperma yang sihat adalah kira-kira 15 juta atau lebih untuk setiap mililiter (mL) air mani. Semakin banyak yang anda miliki, semakin besar kemungkinan salah satunya akan memasuki sistem pembiakan wanita hingga telur.
  2. Pergerakan (Motiliti): Bukanlah setiap sperma itu bergerak dengan berkesan sama sekali, tetapi ini normal. Hanya kira-kira 40 peratus atau lebih daripadanya yang perlu bergerak agar anda dianggap subur.
  3. Bentuk (Morfologi): Sperma yang sihat mempunyai kepala yang bulat dan ekor yang panjang dan kuat. Sperma yang berbentuk ini lebih cenderung untuk masuk ke telur.



Makan lebih banyak buah orange, beri, kentang, tomato, dan bayam

Untuk mendapatkan dan mengekalkan sperma yang sihat mempunyai pelbagai cara termasuk bersenam secara berkala, kurangkan minum minuman beralkohol dan kafein, memakan suplemen yang berdaftar dan sesuai dan mengelakkan diri terdedah dengan bahan kimia. Tak lupa juga, hal paling mudah dan asas dengan menjaga pemakanan anda. Cuba dapatkan khasiat-khasiat di bawah dalam pemakanan anda.

  • Vitamin B-12: Vitamin banyak terdapat dalam daging, ikan, dan tenusu. Ia mempunyai pelbagai kesan positif untuk seluruh badan anda. Antara lain, vitamin B-12 melindungi sperma anda dari keradangan dan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas yang berbahaya di dalam badan anda.
  • Vitamin C: Makan lebih banyak buah orange, beri, kentang, tomato, dan bayam, semuanya boleh menyumbang kepada jumlah sperma yang lebih tinggi. Dalam beberapa kes, ia bahkan boleh menggandakannya setelah beberapa bulan.
  • Kacang: Kacang-kacangan telah lama dikaitkan dengan manfaat kesihatan seksual, dan bukti itu terus bertambah. Kajian pada tahun 2018 terhadap 119 lelaki mendapati bahawa diet tinggi terhadap almond, walnut, dan hazelnut dalam tempoh 14 minggu meningkatkan jumlah sperma hingga 16 peratus.
  • Lycopene: Lycopene memberikan warna merah yang banyak pada  makanan seperti tomato dan tembikai. Ia juga dapat mengurangkan Spesies Oksigen Reaktif (ROS) di dalam badan anda. ROS boleh merosakkan DNA dan menyakitkan sperma. Mengambil 4 hingga 8 miligram (mg) lycopene sehari didapati meningkatkan jumlah dan pergerakan sperma.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *