Tidak boleh rentas negeri selagi 80% rakyat Malaysia belum divaksin. Ini sebabnya

Tidak boleh rentas negeri selagi 80% rakyat Malaysia belum divaksin. Ini sebabnya

Kehidupan hari ini, tidak sama lagi seperti dahulu dek kerana pandemik COVID-19 yang datang melanda. Kehidupan norma baru telah menghalang kita dari melakukakn beberapa pergerakan termasuk merentas negeri dan negara. Kita telah melihat betapa mendadaknya kes positif harian setelah kerajaan melonggarkan larangan rentas negeri pada masa yang lalu. Maka, kali ini kita perlu berhati-hati dengan pergerakan rentas negeri ini.



Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri akan dipertimbangkan jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin COVID-19. Inilah sebabnya kenapa piahk Kementerian Kesihatan (KKM) belum mempertimbangkan kebenaran merentas daerah dan negeri walaupun program vaksinasi sudah bermula.

Negara kita memerlukan enam hingga sembilan bulan

Beliau orang kedua di negara ini yang telah divaksin. Imej dari Sinar Harian

Hanya dengan 70 hingga 80 peratus, barulah penduduk negara kita sudah mencapai imuniti kelompok yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu:

“Apabila sebahagian besar penduduk kebal terhadap penyakit berjangkit, ini memberikan perlindungan secara tidak langsung – atau imuniti kelompok (juga disebut perlindungan kelompok) – untuk mereka yang tidak kebal terhadap penyakit tersebut.

Sebagai contoh, jika 80% populasi kebal terhadap virus, empat dari setiap lima orang yang berhadapan dengan seseorang dengan berpenyakit itu, tidak akan jatuh sakit (dan tidak akan menyebarkan penyakit ini lebih jauh). Dengan cara ini, penyebaran penyakit berjangkit dikawal. Bergantung kepada tahap jangkitan, biasanya 50% hingga 90% penduduk diperlukan untuk mencapai imuniti kelompok.” – seperti ditulis di John Hopkins Public Health



Dengan kadar vaksin sekarang, negara kita dijangkakan mencapai imuniti kelompok dalam tempoh enam hingga sembilan bulan. Oleh itu, sepanjang tempoh itu, kita menggunakan dua pendekatan iaitu kesihatan awam menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan strategi vaksinasi.  Kedua-dua pendekatan ini dijalankan seiring sehingga kita mendapatkan imuniti kelompok iaitu 70 hingga 80 peratus daripada rakyat kita sudah diberikan vaksin.

Pasport imuniti mungkin akan diperkenalkan untuk merentas negeri atau negara

Dr. Noor Hisham turut mengatakan bahawa sebaik negara mencapai tahap imuniti kelompok yang disasarkan, pertimbangan turut diberikan untuk perjalanan rentas negara. Selain itu, sudah ada perbincangan berhubung pasport imuniti sama ada kita boleh merentas negeri, negara dan sebagainya tetapi ini memerlukan data dari negara lain juga.

Namun perkara ini masih dalam penelitian kerana kita memerlukan lebih banyak data. Mungkin dalam tempoh enam hingga sembilan bulan ini, kita boleh mendapatkan data terbabit. Jika negara kita dan negara lain sudah mencapai imuniti kelompok, mungkin kita akan pertimbangkan perjalanan rentas negara.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *