Trend suntik sendiri vitamin C dalam kereta untuk cepat putih, doktor ini bagi amaran

Trend suntik sendiri vitamin C dalam kereta untuk cepat putih, doktor ini bagi amaran

Sebuah video TikTok telah menimbulkan kekecohan apabila memaparkan beberapa individu yang mendapatkan perkhidmatan suntikan vitamin C, sebagai alternatif bagi mendapatkan tona dan warna kulit yang lebih cerah dengan kadar yang cepat. Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa individu yang mendapatkan rawatan suntikan vitamin C hanya berada dalam sebuah kereta dan rumah, bukannya di satu tempat yang khas seperti hospital atau klinik.



Perkongsian itu telah menarik perhatian netizen dan ramai yang mempertikaikan tindakan individu-individu tersebut yang sememangnya membahayakan kesihatan diri.

Tidak ada mana-mana kilang di dunia yang dibenarkan keluar Vitamin C untuk suntikan kecantikan

Isu ini mendapat perhatian pakar kulit, Dr Ingky. Imej Youtube

Isu ini telah mendapat perhatian pakar kulit atau dermatologi, Dr Ingky. Menurutnya, kalau ada kawan-kawan anda yang ajak anda dapatkan suntikan vitamin C untuk kecantikan, cakap tak nak. Ini kerana terdapat tiga sebab utama yang orang ramai perlu tahu sebelum terlambat. Beliau telah melakukakn penerangan mengenai hal ini dalam sebuah video TikTok.

“Anda harus elakkan cucuk Vitamin C atau Glutathione demi kecantikan. Mengapa? Inilah tiga sebab yang utama. Pertama, cucuk Vitamin C demi kecantikan adalah haram dari segi undang-undang, KKM memang tak benarkan orang cucuk Vitamin C. Kalau siapa-siapa yang cucuk Vitamin C untuk orang lain akan dipenjarakan selama beberapa tahun.



Kedua, kita tak ada kajian keselamatan dekat mana jangka masa panjang kita tak tahu, samada semasa cucuk Vitamin C akan ada side effect yang buruk terhadap badan anda ke tak. Disebabkan tak ada kajian keselamatan sebagai doktor saya tak akan benarkan semua patient saya untuk cucuk Vitamin C.

Ketiga, disebabkan ia adalah haram dekat seluruh dunia, kita tak tahu sumber Vitamin C tu datang dari mana sebab tak ada kilang yang dibenarkan untuk keluarkan Vitamin C untuk cucuk demi kecantikan. Jadi, cakap tak nak, kalau kawan anda, ajak anda.” – seperti dijelaskan Dr Ingky

Trend berkaitan kesihatan yang meragukan perlu dijauhi

Kepada semua yang ghairah untuk mendapatkan kulit putih, rujuklah pakar kulit di pusat rawatan, klinik atau hospital yang berautoriti. Trend berkaitan kesihatan yang meragukan perlu dijauhi kerana ia melibatkan nyawa anda sendiri. Perkara paling penting juga adalah sentiasa membaca dan mendapatkan pandangan pakar kesihatan dalam setiap hal berkaitan kesihatan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *