Kurangkan minum air bergula. Ini cara Hannah Delisha kekal cergas dan berkulit cantik

Kurangkan minum air bergula. Ini cara Hannah Delisha kekal cergas dan berkulit cantik

Siapa yang tidak kenal dengan artis cantik, Hannah Delisha. Sebelum ni, dia telah menggemparkan industri hiburan apabila memuat naik gambar pernikahannya dengan lelaki pilihan, Imam Shah di Instagramnya. Penantian lima tahunnya untuk bergelar isteri kepada Imam yang juga seorang pelakon di Singapura menjadi kenyataan.



Disebalik kisah bahagia mereka berdua ini, sebenarnya dulu Hannah Delisha pernah berkongsi tips dietnya tersendiri. Pelakon yang berwajah cantik ini mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kesihatan dan pemakanannya dalam kehidupan seharian. Ini perkongsiannya sautu ketika dahulu.

Kalau selepas bersenam, kemudian tidur, sebenarnya badan anda membakar lemak ketika tidur

Hannah Delisha mempunyai cara tersendiri untuk kekalkan kesihatan. Imej dari Remaja

Pada tahun 2018, sebuah video oleh EH! Malaysia pernah berkongsi mengenai tips diet yang diamalkan oleh Hannah Delisha dalam menjaga kesihatan badannya. Berikut adalah senarai tips yang dikongsinya.

  • Senaman di rumah: Melakukan skipping dalam 15 minit. Begitu juga, lunges, sit up, crunches yang setiapnya dibuat tiga hingga empat set.
  • Tidak makan nasi: Boleh makan nasi, tapi tak hari-hari sebab cepat naik badan kalau makan nasi
  • Portion kecil: Kalau nak makan nasi juga ambil portion yang kecil. Lauk dan sayur kalau nak lebih boleh
  • Minum air yang banyak: Kurangkan minum air bergula. Minum air kosong banyak sebab ia bantu kurangkan berat badan pada masa yang sama
  • Tidur yang sempurna: Dapatkan tidur 8 jam sehari. Kalau selepas bersenam, kemudian tidur, sebenarnya badan anda membakar lemak ketika tidur



Setiap kali selepas bersolek, Hannah akan terus mencucinya sebelum masuk tidur

Ramai yang terpegun dengan kecantikan Hannah di majlis perkahwinannya. Tetapi sebenarnya pelakon ini juga sangat cantik tanpa solekan tebal. Rahsianya dalam menjaga kecantikan kulit tanpa solekan ini telah didedahnya dalam satu majlis pelancaran produk.

Menurut Hannah dia sentiasa menjaga wajahnya agar sentiasa terpeliharan kebersihannya. Setiap kali selepas bersolek, Hannah akan terus mencucinya sebelum masuk tidur. Selain itu pelakon cantik ini juga sentiasa menjaga pemakanannya agar lebih seimbang dan sihat. Dia juga rajin pergi ke gym melakukan senaman yang sepatutnya untuk menjaga kecergasan tubuh.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *