Lebih mudah berjangkit. Malaysia catat dua kes pertama jangkitan virus “varian Nigeria”

Lebih mudah berjangkit. Malaysia catat dua kes pertama jangkitan virus “varian Nigeria”

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menemui dua kes pertama individu yang dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525, di Malaysia.



Kes-kes ini adalah dari dua warganegara asing yang telah tiba dari Dubai, UAE dan didapati positif COVID-19 melalui ujian swab RT PCR. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambilkira sejarah perjalanan mereka.

Ianya dilaporkan dapat menghindari sistem imun

Analisis lebih lanjut menunjukkan adanya semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian tersebut. Ini termasuk mutasi “spike protein” E484K, Q677H, F888L dan rangkaian “protein deletions” serupa yang dilihat dalam varian UK B.1.1.7.

“Mutasi “spike protein” E484K juga mendapat perhatian kerana ianya dilaporkan dapat menghindari sistem imun.”Petikan dari Covid-19 MOH



Dikenali sebagai B.1.525, varian Nigeria pertama kali dikesan di UK dan Nigeria pada bulan Disember 2020. Sejak dari itu, sebanyak 360 urutan varian ini boleh dijumpai di GISAID, dengan laporan tertinggi dari Denmark (n = 121) , diikuti oleh UK (n = 73) dan Nigeria (n = 56). Varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun.

Tindakan kesihatan awam masih perlu diamalkan kerana imuniti kelompak masih belum tercapai

KKM melalui (Institut Penyelidikan Perubatan) IMR dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi Nigeria B1.525 ini dan akan memaklumkan masyarakat umum dari semasa ke semasa. Walaupun program vaksinasi sedang dilaksanakan, tindakan kesihatan awam masih perlu diamalkan kerana imuniti kelompak masih belum tercapai.

Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *