Akibat majlis kenduri tahlil, 15 orang tetamu yang hadir disahkan positif COVID-19

Akibat majlis kenduri tahlil, 15 orang tetamu yang hadir disahkan positif COVID-19

Sedikit kecuaian, pastinya membawa padah dikala pandemik ini. Ini terbukti apabila tindakan sebuah keluarga berkumpul bagi menghadiri kenduri tahlil dalam jumlah ramai tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang sempurna, menjadi antara punca kes baharu COVID-19 di Terengganu pada 6 Mac 2021.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata kes itu membabitkan beberapa keluarga dari Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang balik ke Terengganu untuk menziarahi datuk yang meninggal dunia.

Sepatutnya apabila sudah tahu diri bergejala, tangguhkan dulu perjalanan rentas negeri

“Apabila ada kematian, kebiasaannya akan ada majlis kenduri tahlil. Bilangan ahli keluarga yang terbabit sekitar 45 orang. Akhirnya, 15 daripada mereka disahkan positif COVID-19.

“Dalam keluarga ini ada individu bergejala yang turut serta. Ini menyebabkan jangkitan sangat tinggi. Sepatutnya apabila sudah tahu diri bergejala, tangguhkan dulu perjalanan rentas negeri atau patuhi SOP sepenuhnya untuk mengelakkan jangkitan seperti ini,” – tulis Dr Nor Azimi Yunus

Ini bukanlah kali pertama kali pertama pertambahan kes COVID-19 akibat rentas negeri dan berkumpulnya ahli keluarga yang ramai, katanya. Sebelum ini, beberapa keluarga dari Kuantan, Pahang dan Johor balik menziarahi nenek mereka yang berumur 100 tahun dan sakit tua. Akhirnya, lima ahli keluarga dijangkiti COVID-19 termasuk nenek yang akhirnya meninggal dunia.

“Ada juga kisah jiran disahkan positif COVID-19 hanya kerana menziarahi keluarga arwah. Oleh itu, ambillah iktibar dari kisah ini. Elak berkumpul sekeluarga beramai-ramai kecuali kita boleh sahkan tiada pembawa COVID-19 dalam keluarga kita.” – tulisnya lagi

Jika tidak mampu hendak patuh, elak itu lebih baik

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan 22 kes baharu COVID-19 pada 6 Mac 2021 menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di negeri itu 110 kes.

“Kita tidak pernah kata tidak boleh balik untuk ziarah ahli keluarga yang meninggal atau atas sebab yang lain. Tapi baliklah dengan berhati-hati dan patuh SOP sepenuhnya. Jika tidak mampu hendak patuh, elak itu lebih baik.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *