Bersin setiap pagi. Rupanya lelaki ini disahkan mengalami penyakit resdung kronik

Bersin setiap pagi. Rupanya lelaki ini disahkan mengalami penyakit resdung kronik

Terlalu sensitif terhadap habuk dan sering migrain, mungkin ramai antara kita memandang ringan terhadap masalah kecil seperti ini. Namun, perkongsian oleh seorang pemuda berusia 26 tahun ini, Aiman Shafiq pastinya akan membuka mata kita semua terhadap masalah resdung.

Perkongsian yang dipaparkan di aplikasi TikTok ini mendapat perhatian netizen sehingga meraih 183000 likes dan 7 ribu komen. Dia berkongsi pengalaman dan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa penyakit resdung ini bukan sesuatu yang biasa biasa.

“Geli tolak tepi, yang penting perkongsian saya bermanfaat untuk orang lain. Resdung ni selalu tak dipandang serius oleh masyarakat sebab tak banyak pendedahan. Jadi apa salahnya pengalaman yang ada saya kongsi. Lebih baik mencegah daripada merawat.” – kata Aiman Shafiq

Bersin setiap pagi hinggakan kerap sakit kepala

Pada mulanya, dia sendiri tidak mengambi ambil serius penyakit resdung ini sehinggalah keadaan semakin teruk. Oleh kerana kerap sakit kepala (migrain) dan mengalami demam panas, setahun yang lalu dia mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Sebelum ini, dia memang sensitif dengan habuk, bersin setiap pagi hinggakan kerap sakit kepala (migrain).

“Tiba-tiba satu hari saya demam, saya pun berjumpa doktor untuk dapatkan ubat migrain dan demam. Lebih mengejutkan saya, doktor terus tahan saya di wad untuk lalukan pemeriksaan imbasan (CT scan). Dapat result tu doktor mengesahkan saya alami resdung teruk (chr0nic rhinosinusitis),” – kata Aiman Shafiq

Dia yang menjalani pembedahan pada Ogos lalu telah pulih sepenuhnya. Pelbagai kaedah rawatan dilakukan termasuk mengeluarkan lendir dari hidung sebelum menjalani operasi pembedahan. Doktor juga memasukkan nasal packing di dalam hidung untuk memperbetulkan struktur tulang hidung dan pernafasan.

Makan bubur sahaja dan minum air pun secara pelahan-lahan

Sepanjang rawatan, dia turut disahkan mempunyai jangkitan sinus yang mana ia akan memberi kesan jangka masa panjang. Cabaran rawatan ini juga amat besar apabila selama tiga hari, dia terpaksa bernafas ikut mulut kerana di dalam hidungya dimasukkan nasal packing. Baginya, keadaan memang terseksa selama beberapa hari itu. Makan bubur sahaja dan minum air pun secara pelahan-lahan.

Sekarang, dia telah pulih sepenuhnya dan berharap ini masa yang sesuai untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Keseluruhan kos rawatan dan pembedahan Aiman mencecah RM20,000.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *