Berjaya turunkan 30kg tapi naik balik 30kg. Lelaki ini jumpa punca gagal dalam diet

Saban hari, kita pastinya membaca dan mendengar kisah-kisah kejayaan orang lain yang mampu memberi inspirasi kepada kita. Kisah kejayaan ini kadang kala menyebabkan seseorang itu merasa tergopoh-gapah untuk turut mengecapi kejayaan. Begitu juga dalam hal menurunkan berat badan.

Sifat tergopoh-gapah dan mahukan hasil yang cepat menyebabkan kita sering gagal dan berputus asa. Lebih teruk lagi tertipu dengan produk-produk yang hanya merosakkan fizikal kita. Inilah peringatan yang dikongsikan oleh Fakhri, seorang anak Malaysia yang menetap di Jordan dalam group FB Diet Suku Suku Separuh. Mari kita baca nasihatnya yang pernah turunkan berat badan 30kg, namun gagal dan naik balik 30kg.

Kalau kita naik berat pun ambil masa bertahun tahun takkan nak turun dalam masa sekejap?

Imej dari FB Fakhri

“Nasihat jujur daripada saya yang pernah turun 30kg dan kemudian gagal kekalkan dan naik balik 30kg. Akhirnya jumpa cara yang betul untuk turunkan berat, turun sekali lagi 30kg dan kekalkan sudah hampir setahun. Alhamdulillah. Nak turun berat pertama sekali kena terima hakikat yang proses ini perlukan masa. Kalau kita naik berat pun ambil masa bertahun tahun takkan nak turun dalam masa sekejap?” – tulis Fakhri

Tulisnya lagi, hakikatnya dalam hidup ini setiap perkara perlukan waktu.

  • Hari ini kita tanam pokok, takkan esok terus tumbuh dan berbuah?
  • Hari ini mula bekerja, takkan esok terus naik pangkat menjadi ceo? (Melainkan papa awak pemilik Megah Holding)
  • Hari ini kita baru belajar mengira, takkan esok dapat selesaikan soalan add math?
  • Hari ini kita baru letak batu bata, takkan esok terus siap rumah?
  • Hari ini bayi baru lahir, takkan esok terus berlari dan bercakap?
  • Hari ini kita baru kenal abc takkan esok terus pandai membaca?
  •  “Hari ini kahwin takkan esok terus beranak?”

Jadi kalau kita tak pernah rushing perkara-perkara ini dalam hidup dan terima ia sebagai proses yang memerlukan waktu, maka kenapa kita perlu rushing untuk turunkan berat? Trust the process and give it time. Take everything one day at a time.

Hentikan mencari fast fix untuk turunkan berat

Nak cari penyelesaian yang cepat dan mudah ni akan menyebabkan kita menjadi mangsa kepada produk-produk dan nasihat-nasihat yang akan merosakkan kesihatan dan membazirkan duit. Sebaliknya :

  • Fokus untuk buat perubahan yang kecil setiap hari tapi berkekalan. Hari akan bertukar minggu, minggu akan bertukar bulan dan akhirnya kita dapat capai target.
  • Lihat perjalanan turun berat ini untuk jangka masa yang panjang. Kalau seminggu berjaya turunkan 0.5kg, sebulan akan turun 2kg. Dalam masa 10 bulan akan turun 20kg. Ini satu kejayaan.
  • Fokuskan perubahan bukan pada perubahan fizikal sahaja tetapi perubahan mental dan emosi juga. Jika dulu kita makan tanpa ada kawalan, sekarang semakin terkawal. Ini pun kejayaan.
  • Proses turunkan berat ini bukan perlumbaan tetapi ianya perjalanan. Bila perjalanan, kita tak boleh bandingkan perjalanan kita dengan perjalanan orang. Setiap orang ada cabaran, halangan dan ujian yang berbeza.
  • Tujuan kita adalah untuk jadi versi diri sendiri yang lebih baik daripada sebelumnya dan bukan untuk bersaing dengan sesiapa.

Akhir sekali, daripada target nak turun berat cepat cepat lebih baik anda fikir, “lepas aku dah berjaya turunkan berat ini macam mana cara nak kekalkan?” Sebab jawapan terhadap persoalan ini akan tentukan kemampuan untuk kekalkan hasil penurunan berat untuk sepanjang hayat.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
KITASIHAT

Artikel Berkaitan