Noki K-Clique dulu panas baran. Kini berkongsi cara untuk kawal perasaan itu

Noki K-Clique dulu panas baran. Kini berkongsi cara untuk kawal perasaan itu

Sifat panas baran memang terbukti telah membawa padah kepada ramai orang. Emosi yang tidak terkawal akan membawa sesuatu masalah itu menjadi masalah yang lebih besar. Sikap ini  dimiliki oleh ramai orang dan mereka tertanya-tanya, apakah jalan keluar daripada sifat panas baran ini?

Salah seorang penyanyi rap terkenal, Noki K-Clique telah berkongsi bagaimana dia sekarang sedang cuba mengikis sikap panas baran yang ada dalam dirinya. Formula yang dipilihnya adalah dari sudut spiritual atau kerohanian dengan mendekatkan diri kepada Allah.

“Masih ada sikap tu, tapi Alhamdulillah makin berkurangan. Untuk elakkan rasa panas baran saya sentiasa menjaga solat. Kalau rasa cemas atau nak naik angin, saya pergi ambil wuduk dan solat untuk tenangkan diri.” – kata Noki K-Clique

Langkah pertama dalam menguruskan perasaan panas baran adalah belajar mengenali simptomnya

Pelbagai langkah kita boleh lakukan untuk merawat dan mengurus sifat panas baran. Langkah pertama dalam menguruskan perasaan panas baran adalah belajar mengenali simptomnya. Sifat ini biasanya muncul dengan tanda-tanda awal. Ia cenderung mempunyai gejala fizikal dan psikologi, seperti:

  • mengamuk dalam bentuk makian atau jeritan
  • kerengsaan kronik
  • jantung berdebar-debar
  • pemikiran terlalu cepat
  • hilang kawalan

Perasaan panas baran boleh mempengaruhi anda dalam pelbagai cara. Menurut satu kajian pada 2010, ia juga akan membawa anda kepada penggunaan bahan-bahan terlarang  dan berlebihan dalam penggunaan kafein. Kemarahan yang tidak terkawal juga memicu tindak balas kepada tubuh kita, yang merangkumi pelepasan hormon stres.

Tanda-tanda terpendam daripada sifat seperti kemurungan atau Gangguan Ledakan Marah (IED)

Sifat panas baran juga boleh menjadi tanda-tanda terpendam daripada sifat seperti kemurungan atau Gangguan Ledakan Marah (IED), yang dicirikan oleh tingkah laku impulsif dan agresif. Sekiranya kemarahan anda meluap-luap atau menyebabkan anda menyakiti diri sendiri atau orang di sekeliling anda, inilah masanya untuk mendapatkan bantuan profesional.

Hubungi pakar kesihatan mental yang dapat memberikan rawatan yang tepat dan membantu anda mencari cara menguruskan kemarahan. Seorang psikiatri juga boleh mengesyorkan ubat untuk kegelisahan atau kemurungan.

Mempunyai sifat marah dari semasa ke semasa adalah perkaran normal untuk menjadi manusia. Namun, ketika kemarahan muncul pada saat-saat tidak diperlukan, ia boleh menyebabkan kekacauan dalam hubungan, kesihatan, dan kesejahteraan anda secara keseluruhan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *