9 pengemis bersama anak kecil ditahan di Sabah. Bakal didenda RM10,000 langgar SOP

9 pengemis bersama anak kecil ditahan di Sabah. Bakal didenda RM10,000 langgar SOP

Sembilan wanita palauh boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam Op Covid-19. Kesemua wanita daripada komuniti Palauh yang berusia antara 17 hingga 41 tahun ditahan ketika melakukan aktiviti mengemis dengan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, dalam operasi pemantauan Op Covid-19 yang dijalankan di dua lokasi pada 12 tengahari itu, 25 kanak-kanak yang merupakan anak kepada sembilan palauh itu turut ditahan.

Mengesan individu yang meminta sedekah daripada penggua jalan raya tanpa memakai pelitup

Imej dari Sabah Post

“Operasi itu dijalankan bagi mengesan individu yang meminta sedekah daripada penggua jalan raya tanpa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.” – kata Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad

Operasi tersebut dijalankan di kawasan lampu isyarat berdepan Kedai D.I.Y Bandar Lahad Datu dan di lampu isyarat Bandar Sri Perdan, Lahad Datu. Kedua-dua kawasan ini menjadi lokasi utama kegiatan mengemis dalam kalangan suku Palauh.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, sekiranya didapati bersalah boleh dihukum denda atau boleh dipenjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara selama enam bulan

Kes turut disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No.3) 2021 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa penjarakan fizikal.

Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara selama enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *