Chef Wan ‘sekolahkan’ Uncle Roger dan ajar cara masak kerutup daging tanpa MSG

Chef Wan ‘sekolahkan’ Uncle Roger dan ajar cara masak kerutup daging tanpa MSG

Siapa yang tidak kenal dengan Uncle Roger, seorang Youtuber yang telah tular kerana mengkritik video memasak nasi goreng telur oleh pengacara BBC, Hersha Patel. Kali ini dia telah kembali ke Malaysia dan dijemput berkunjung ke restoran milik Chef Wan. Video itu menunjukkan bagaimana Chef Wan memperkenalkan restorannya kepada Uncle Roger sambil diberi peluang mencuba masakan-masakan yang disediakan di sana.

Selain itu, dalam video yang dimuat naik oleh Uncle Roger, kita dapat lihat bagaimana kecohnya suasana dalam dapur apabila Uncle Roger dan Chef Wan bergabung. Menariknya, Chef Wan dilihat ‘sekolahkan’ Uncle Roger dan turut mengajarnya cara masak dengan betul tanpa bantuan MSG.

Cara masak Kerutup Daging Kambing tanpa MSG oleh Chef Wan

Seperti diterangkan oleh Chef Wan, makanan paling istimewa di restorannya adalah Kerutup Daging Kambing. Untuk yang tak biasa dengar, kerutup daging merupakan hidangan yang sangat terkenal di Pantai Timur. Rempah kerutup yang asli banyak dijual di Kelantan. Sekarang sudah ada rempah kerutup segera yang terkandung MSG. Namun, bagi Chef Wan, kita boleh memasaknya tanpa bahan itu dan menikmati rasa yang lebih asli.

Dari video yang dikongsikan oleh Uncle Roger, antara bahan yang dipakai adalah mentega ghee, shallot, bawang putih, daun pandan, kayu manis, bunga lawang (star anise), buah pelaga (cardamom), bunga cengkih, lengkuas (galangal), serai (lemongrass), cili, adas (fennel), jintan (cumin). Menakjubkan, Chef Wan tidak perlu menyukat, hanya menggunakan rasa atau agak-agak sahaja dalam masakannya.

“Apabila anda adalah tukang masak yang hebat. Kita tak tak menyukat bahan. Kita hanya campak bahan.” – kata Chef Wan

Apa yang diajar Chef Wan ini sangat bagus kerana tidak menggunakan MSG. Untuk memahami lebih lanjut, anda semua boleh layan video Chef Wan ‘sekolahkan’ Uncle Roger seperti di bawah:

Perlu diingat bahawa MSG terdapat dalam makanan berkualiti rendah yang diproses

Bukti menunjukkan bahawa Monosodium Glutamate (MSG) hanya selamat jika digunakan dalam jumlah yang sederhana. Walau bagaimanapun, megados boleh menyebabkan bahaya. Sekiranya anda mempunyai tindak balas terhadap MSG, anda tidak boleh memakannya. Walaupun begitu, jika anda tidak mengalami kesan sampingan, tidak ada alasan untuk menjauhinya.

Secara umunya, perlu diingat bahawa MSG terdapat dalam makanan berkualiti rendah yang diproses – yang mana anda harus mengelakkan atau mengehadkannya.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *