Gempar! 80 peratus madu yang dijual di negara kita adalah tiruan. Ini cara bezakannya

Gempar! 80 peratus madu yang dijual di negara kita adalah tiruan. Ini cara bezakannya

Pemakanan madu sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia juga sering dikaitkan dengan kaedah pemakanan sihat secara tradisional dan sunnah. Namun, disebabkan permintaannya itu, dilaporkan bahawa lambakan madu tiruan di negara kita sukar dibendung lagi.

Ramai pembeli tertipu dengan pembungkusannya yang rapi dan menarik, sehingga agar sukar untuk membezakan yang mana asli dan tiruan. Isu ini nampaknya dibangkitkan kembali oleh Rohani Rani, pemilik Aqif Kelulut Farm di Harian Metro. Ini kerana madu tiruan juga dijual secara terbuka seperti madu asli.

80 peratus madu di negara ini didakwa terdiri daripada madu tiruan

Memang susah nak bezakan

Menurut kajian, hampir 80 peratus madu di negara ini didakwa terdiri daripada madu tiruan yang dihasilkan sama ada oleh pengusaha tempatan atau pun diimport. Lebih menyedihkan, ia dijual secara terbuka, kata Rohani Rani.

“Sebagai pengusaha, kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana tiada kuasa untuk mengambil tindakan. Permintaan terhadap madu tiruan ini juga tinggi dalam kalangan pengguna kerana pembungkusan yang menarik selain harganya murah. Kesannya, pengusaha madu asli yang terpaksa bertungkus-lumus meyakinkan pengguna,” – kata Rohani Rani

Isu berkaitan madu tiruan yang diimport dari China dan didakwa dicampur arak pula, Rohani meragui kesahihan berita yang tular itu. Baginya, memang ada madu tiruan dari China, tetapi apa keperluan dicampur arak di dalam madu kerana ia akan menambahkan kos. Sedangkan untuk hasilkan madu tiruan, anda hanya perlukan tiga bahan asas iaitu sukrosa, pewarna dan bahan lain.

Dalam usaha mengekang madu tiruan di negara ini, pengguna memainkan peranan sangat penting. Lambakan madu tiruan ini semakin berleluasa kerana masih ada permintaan dalam kalangan pengguna. Oleh itu, pengguna mempunyai kuasa untuk hentikan perkara ini dengan dapatkan sedikit ilmu supaya timbul kesedaran mengenai madu asli.

Mereka boleh kenal pasti daripada segi aroma bunga

Bagi Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Agrobiodiversiti dan Persekitaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Mohd Fahimee Jaapar, amat sukar untuk membezakan madu asli dan tiruan dengan mata kasar. Ia hanya boleh dikenalpasti menerusi ujian makmal.

“Daripada segi rasa memang tidak boleh dibezakan. Cuma sekiranya orang yang sudah arif dengan madu kelulut, mereka boleh kenal pasti daripada segi aroma bunga,” – kata Mohd Fahimee Jaapar

Kaedah terbaik untuk mengesahkan keaslian madu adalah menerusi makmal dengan memeriksa kandungan Hydroxvmethylfurfural (HMF). Menerusi kandungan HMF ini, pembekal atau peniaga tidak boleh tipu kerana kita boleh kenal pasti sama ada madu itu asli, tiruan atau rosak. Kandungan HMF yang tinggi membuktikan madu itu tiruan atau rosak.

Faktor penyebab meningkatnya kadar HMF pada madu ialah proses pemanasan madu tanpa kawalan suhu panas. Selain itu, pembekal atau peniaga madu asli dinasihatkan menambah baik kaedah pembungkusan madu. Menerusi cara ini, mereka dapat bersaing dengan madu tiruan.

Jangan lupa untuk dapatkan sijil pengesahan keaslian madu untuk tingkatkan keyakinan pengguna. Pihak Mardi sentiasa berusaha mencari jalan terbaik untuk membantu penternak madu kelulut.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.