Zed Zaidi minta kerajaan beri vaksin awal kepada artis. Ini jawapan pedas doktor pakar

Zed Zaidi minta kerajaan beri vaksin awal kepada artis. Ini jawapan pedas doktor pakar

Zed Zaidi mencadangkan pihak kerajaan agar mempertimbangkan untuk mendahulukan suntikan vaksin kepada golongan selebriti atau artis. Sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), pihaknya bersedia bekerjasama terhadap kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi Covid-19 melalui media sosial para selebriti..

“Negara luar turut menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu menyebarkan maklumat kebaikan vaksin buat rakyat. Kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di sini.

 Kita ambil contoh paling dekat, seperti di Indonesia, mereka melantik selebriti sebagai ikon dan individu yang terawal untuk terima vaksin. Usaha itu dapat meyakinkan rakyat mereka bahawa vaksin itu selamat selain dapat menolak gerakan anti vaksin yang turut dilaungkan beberapa selebriti sebelum ini,” – kata Zed Zaidi

Alangkah ruginya kalau kerjaan tak guna pengaruh golongan selebriti

Baginya, alangkah ruginya jika kerajaan tidak menggunakan pengaruh golongan selebriti seperti yang berlaku di Indonesia apabila ada dalam artis dipilih sebagai yang terawal menerima suntikan vaksin. Seramai 7000 penggiat seni mendaftar di bawah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan pengikut mereka dalam media sosial juga turut meluas. Jadi, dia berharap kerajaan sudi ‘menggunakan’ anak seni.

Tak cukup dengan itu, dia juga memohon kerajaan mempertimbangkan kekerapan ujian calitan yang terpaksa dilakukan golongan selebriti setiap kali hendak memulakan sesebuah projek baharu.

Seniman telah menerima banyak keluhan dan aduan daripada penggiat seni berhubung perkara tersebut. Dia berharap prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan penggambaran dapat dilonggarkan bagi meringankan beban golongan seniman terus berkarya.

Tak rugi pun kalau tak pakai pengaruh korang, kata seorang doktor

Isu ini telah mendapat kritikan ramai pihak termasuk doktor pakar sendiri. Salah seorang yang memberi jawapan balas kepada kenyataan Zed Zaidi ini ialah Dr. Arisman. Dia sangat tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa golongan artis merupakan barisan hadapan.

“Pekerja restoran/ kilang/ officer lagi banyak kali swab dari korang artis yang nyanyi kat radio je suara sedap didengar. Tak rugi pun kalau tak pakai pengaruh korang. Anti vaksin tak layan artis Melayu ni, mereka layan artis omputeh, France, Brazil sana..

Sedarlah diri tu sikit. Mak ayah kita lebih sesuai untuk dapat vaksin fasa awal daripada artis-artis ni. Annoying.” – tulis Dr. Arisman

Di Malaysia, para barisan hadapan yang diiktiraf ialah para petugas kesihatan, tentera, pihak polis serta mereka yang mengurus wabak ini sejak dari awal lagi, Untuk golongan yang tidak termasuk dalah barisan hadapan, mereka akan mula disuntik kemudian.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *