Jururawat tempatan mati akibat sakit jantung bukan suntikan vaksin. Ini cerita penuhnya

Jururawat tempatan mati akibat sakit jantung bukan suntikan vaksin. Ini cerita penuhnya

Seorang jururawat yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada minggu lalu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Bandar Seri Astana, Sungai Petani, awal pagi Rabu (17 Mac 2021). Bagaimanapun, kematiannya itu disahkan tidak mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mempunyai rekod penyakit darah tinggi

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, wanita berusia 45 tahun yang mempunyai rekod penyakit darah tinggi itu meninggal dunia jam 2.45 pagi Rabu. Katanya, wanita itu menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 12 Mac lalu.

“Hasil temu bual bersama suami wanita itu mendapati, isterinya bertugas di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) Hospital Pulau Pinang selama hampir 20 tahun. Pada 12 Mac lalu, wanita itu menerima suntikan vaksin COVID-19 di tempat kerja.

Dia mengadu lenguh badan dan sehingga 16 Mac (Selasa) dia masih mengadu sakit seluruh badan dan sesak nafas,” – kata Asisten Komisioner Adzli Abu Shah

Wanita berkenaan mengadu sakit badan dan masuk ke bilik untuk tidur pada jam 11.30 malam Selasa, namun suaminya menyedari dia tidak memberi sebarang respons ketika dikejutkan beberapa jam kemudian.

“Berikutan itu, suaminya menghubungi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan setibanya pasukan perubatan di rumah mereka, pemeriksaan mendapati wanita itu sudah meninggal dunia.”

Tajuk berita biar tepat, jangan mengelirukan orang ramai

Dr. Noor Hisham berkata, jururawat terbabit disahkan meninggal dunia disebabkan penyakit yang dihidapinya. Jururawat berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung lima hari selepas vaksinasi, tiada kaitan dengan suntikan vaksin yang diberikan. Selain itu beliau turut menegur pihak media yang menulis berita yang sangat mengelirukan kepada rakyat dalam isu. Tulisnya di FB,

“Tanggungjawab media adalah memberikan maklumat yang tepat dan cepat kepada masyarakat. Bukan sebaliknya”

Menurut siasatan yang dilakukan oleh agensi berita Deutsche Welle (DW), masih tiada kes kematian yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19. Walaupun terdapat beberapa tajuk berita di beberapa negara yang menulis sebegitu.

“Dalam setiap kes, lebih banyak berita yang menawan berbanding fakta. DW mengkaji laporan dari Itali, Austria, Korea Selatan, Jerman, Sepanyol, Amerika Syarikat, Norway, Belgium dan Peru, yang mendapati bahawa dalam kebanyakan kes, pihak berkuasa kesihatan tidak menemui kaitan antara vaksinasi dan kematian.” 

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *