Engku Emran lamar Noor Nabila atas belon panas. Ini ciri-ciri ‘surprise’ berjaya

Dunia perkahwinan ini sangat indah dan penuh kejutan untuk kebanyakan orang. Kita juga sangat teruja dengan cerita perkahwinan orang lain kerana ia membawa erti kebahagiaan dan cinta. Itulah sebab kenapa berita pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran menjadi perhatian ramai walaupun kedua-duanya bukan selebriti.
Mereka berdua telah pun sah menjadi suami dan isteri beberapa hari yang lalu. Namun begitu, rahsia Engku Emran membuat kejutan luar biasa telah pun terbongkar melalui paparan yang dikongsikan oleh syarikat My Balloon Adventure.
Engku Emran melamar Noor Nabila di atas belon panas
Pasangan ini sememangnya pandai berahsia. Syarikat My Balloon Adventure mendedahkan foto romantis Engku Emran melamar Noor Nabila di atas belon panas yang telah disimpan sekian lama.
“Selepas menyimpan rahsia sekian lama, akhirnya kami dapat kongsikan perkara ini kepada semua orang. Tahniah diucapkan kepada Engku Emran dan Noor Nabila atas perkahwinan pagi tadi. Kami turut tumpang bahagia ke atas kedua mempelai ini,” – My Balloon Adventure
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Engku Emran telah merancang kejutan tersebut bersama adik Nabila iaitu Athisha Khan selama beberapa minggu. Selain kejutan menaiki belon panas, lebih istimewa, penyanyi Ferhad turut membuat penampilan khas menyanyikan beberapa lagu pada majlis lamaran tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan kejutan tersebut serta mendoakan rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke syurga.
Ciri-ciri kejutan yang buat pasangan jatuh hati
Seperti kisah percintaan Engku Emran dan Noor Nabila, kejutan atau surprise merupakan elemen yang sangat penting dalam hubungan percintaan. Kejutan boleh menjadi kaedah ajaib untuk menunjukkan bahawa anda mencintai seseorang itu. Menurut pakar psikologi, Dr. Roni Beth Tower, berikut adalah jenis-jenis kejutan yang akan disukai pasangan:
- Bantuan praktikal. Kita boleh sahaja membuat kejutan dengan melakukan sesuatu yang pasangan kita tak ada masa, sumber daya atau kemahiran untuknya. Kejutan seperti ini bukan sahaja menggembirakan, tetapi memberi kelegaan kepadanya kerana membantu menyelesaikan kerjanya
- Menyediakan kecantikan. Bunga muncul secara misteri di atas meja. Bantal tempat tidur disusun dalam reka bentuk baru dan menarik. Anda menyajikan makan malam yang menyelerakan. Pastinya, melabur beberapa minit setiap hari untuk kejutan seperti ini dapat membawa kebahagiaan.
- Sentuhan keselesaan. Contohnya seperti minum secawan teh bersama sambil berbual panjang. Selimut tambahan yang tersangkut di bahu pada malam yang sejuk sambil berkata, “Saya mahu anda menjadi hangat.” dan sebagainya.
- Sedikit elemen kelakar. Menulis nota cinta di atas kertas bercorak dan sorokkan di sekeliling rumah. Ada masa, pasti pasangan akan terjumpanya sambil tersenyum.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat