Putuskan hubungan dengan Malaysia. Ini cara misteri Korea Utara kawal penularan virus

Putuskan hubungan dengan Malaysia. Ini cara misteri Korea Utara kawal penularan virus

Pihak Korea Utara pada Jumaat yang lalu mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Langkah itu diambil selepas Kuala Lumpur mengekstradisi seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat (AS). Kementerian Luar Korea utara dalam satu kenyataan berkata, Malaysia didakwa melakukan ‘jenayah yang tidak boleh dimaafkan’ kerana menghantar rakyatnya yang tidak bersalah ke AS.

Pada 3 Mac lalu, seorang rakyat negara itu yang dikenali sebagai Mun Chol Myong gagal dalam rayuannya di mahkamah Malaysia untuk mengelak diekstradisi ke AS atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram. Lelaki itu yang tinggal di Malaysia selama lebih sedekad bersama keluarganya ditahan pada 2019 susulan permohonan ekstradisi dari Washington.

Namun, pernahkah kita tertanya mengenai bagaiman negara paling terasing di dunia ini mengurus pandemik COVID-19?

Negara itu ditutup sejak 30 Januari 2020

Adakah coronavirus merebak ke Korea Utara? Menurut laporan BBC pada tahun lalu, tidak ada yang benar-benar tahu. Negara ini ditutup sejak 30 Januari. Sangat sedikit orang yang berjaya masuk atau keluar.

Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa mempunyai sukarelawan di wilayah perbatasan yang mengusahakan langkah-langkah pencegahan virus dan ada sejumlah laporan kes yang belum disahkan di negara itu. Tetapi kebanyakan kisah kehidupan di ibu kota paa tahun lepas nampaknya menunjukkan kehidupan berjalan seperti biasa.

Apa pun kenyataannya, Pyongyang ingin tampil yakin bahawa ia telah menewaskan Covid-19. Di dalam negara itu telah diingatkan bahawa tindakan tegas yang diambil oleh Kim Jong-un untuk mencegah virus itu berjaya.

Tidak mengalami walaupun satu kes positif virus COVDI-19

Pada akhir Januari 2020, Korea Utara bergerak cepat melawan virus tersebut – menutup sempadannya dan kemudian mengkuarantin ratusan orang asing di ibu negara mereka, Pyongyang. Mereka juga menempatkan puluhan ribu warganya sendiri yang diasingkan dan menutup sekolah.

Korea Utara kemudiannya membuka semula sekolah, tetapi telah melarang perjumpaan awam dan mewajibkan orang memakai pelitup muka di tempat awam, kata laporan Reuters pada 1 Julai 2020 yang memetik seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

WHO juga melaporkan bahawa negara itu pada tahun lepas telah menguji hanya 922 orang untuk virus tersebut – semuanya dilaporkan negatif.

Korea Utara yang mempunyai sempadan panjang dengan China, telah lama menyatakan bahawa ia tidak mengalami walaupun satu kes positif virus COVDI-19. Bagaimanapun, Oliver Hotham, penyunting pengurusan laman berita pakar NK News, memberitahu BBC awal tahun lepas bahawa ini mungkin tidak benar.

“Tidak mungkin ia tidak terdapat kes kerana ia bersempadan dengan China dan Korea Selatan. [Terutama dengan China], memandangkan jumlah perdagangan rentas sempadan … Saya benar-benar tidak melihat bagaimana mungkin mereka dapat menghalangnya,” katanya.

“[Tetapi] mereka benar-benar mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal [jadi] saya rasa mungkin mereka telah mencegah wabak sepenuhnya.” – kata Oliver Hotham

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *