Putus cinta dengan jejaka Melayu. Kisah Elizabeth Tan hampir bunuh diri kerana tekanan

Putus cinta dengan jejaka Melayu. Kisah Elizabeth Tan hampir bunuh diri kerana tekanan

Semua spekulasi telah terjawab apabila pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan mengaku telah berkahwin dengan seorang jejaka yang juga ahli perniagaan Siew Jim berusia 30 tahun semalam.

Elizabeth Tan atau Lizzy yang berusia 28 tahun, turut memohon maaf apabila berita tersebut tular sebelum sempat mengeluarkan kenyataan rasmi sendiri. Dia memang merancang untuk umum kepada semua apabila sudah bersedia. Selain itu, dia juga mengambil keputusan untuk tidak menghebohkan hal perkahwinan kerana merasakan ini adalah isu kecil sahaja.

“Mengenai gambar dan video yang tersebar menyatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam (Sabtu) adalah bersifat intimate (peribadi) dan kecil sebagai langkah mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” – katanya

Tahniah diucapkan kepada Lizzy dan suami. Di sebalik hari kebahagiaannya, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Lizzy juga pernah berdepan saat paling mengecewakan dalam hidupnya. Ini kisah penuhnya dalam satu temubual dengan Sinar Plus.

Menanggung keperitan selepas dikatakan berpisah dengan seorang jejaka Melayu

Senyuman manis Lizzy. Imej dari Sinar Plus

Kisah duka yang dihadapi Elizabeth Tan berlaku empat tahun lalu, anak jati Kuala Lumpur tersebut hampir memikirkan untuk bertindak membunuh diri. Keputusan membuta-tuli itu tercetus kerana menanggung keperitan selepas dikatakan berpisah dengan seorang jejaka Melayu.

Kisah cinta yang terputus di tengah jalan, ia secara tidak langsung turut menimbulkan masalah sampingan kepadanya yang telah dipendam selama beberapa tahun.

Dia menyifatkan situasi sedemikian berlaku mungkin disebabkan percaturannya yang enggan berkongsi cerita baik bersama keluarga mahupun insan terdekat.

“Walhal, tiada salahnya untuk kita meluahkan emosi dan masalah yang berbekam dalam jiwa dengan mereka. Setidak-tidaknya pandangan keluarga dan sahabat dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung sendirian. Ingat ya, kemurungan tidak boleh dipandang ringan dan ia merupakan perkara serius yang perlu ditangani dengan baik,“ – kata Elizabeth Tan

Menurutnya lagi, dia mengambil masa beberapa bulan untuk keluar daripada sarang kemurungan. Namun begitu,  dia rasa bersyukur apabila pantas tersedar sebelum dihanyutkan dengan keputusan yang dibuat mengikut emosi.

“Barangkali, sukar untuk saya menjadi Elizabeth Tan seperti hari ini tanpa sokongan padu dan kasih sayang daripada ibu (Irene). Beliaulah faktor utama untuk saya bangkit dan berusaha memandang semua aspek dari sudut positif. Bayangkan sepanjang tempoh mengalami kemurungan, ibulah yang menyiapkan segala-galanya. Ibu memastikan saya makan mengikut waktu dan tidur secukupnya. – katanya

Bagi memastikan keadaannya sentiasa okey, ibu sanggup bawa makanan dan menemani seharian di set penggambaran. Dia juga turut terharu dengan sokongan kawan-kawan.

Berkongsi beberapa tips bagi mereka yang berhadapan masalah yang sama

Dari pengalaman itu, Elizabeth Tan telah berkongsi beberapa tips bagi mereka yang berhadapan masalah yang sama. Antaranya:

  • Mereka yang sedang mengalami kemurungan, perkara pertama harus dilakukan adalah berkongsi masalah itu dengan individu terdekat. Jangan pendam sendiri kerana bimbang luka kecil akan membesar menjadi nanah. Jika perlu bertemu pakar, maka laksanakan demi kesihatan mental dan fizikal peribadi.

 

  • Menasihatkan masyarakat supaya sentiasa mendidik diri agar tidak terlampau memikirkan sesuatu masalah sehingga mendatangkan stres. Jika berada dalam keadaan tertekan, luangkan masa duduk seketika, tarik nafas dan berfikir secara rasional.

 

  • Tidak dinafikan, pada fasa awal mungkin berasa susah dan perit, tetapi percayalah sekiranya kita komited mengamalkan sikap positif semua masalah dialami dapat diselesaikan dengan sempurna dari semasa ke semasa.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *