Saiz fizikal Luqman Hakim tidak lagi kurus keding. Ini latihan padunya di KV Kortrijk

Saiz fizikal Luqman Hakim tidak lagi kurus keding. Ini latihan padunya di KV Kortrijk

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini memuat naik beberapa keping gambar sesi latihan skuad negara di pusat latihan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Latihan ini dilakukan menjelang perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia Jun nanti.

Apa yang mencuri tumpuan adalah, netizen kagum melihat perubahan fizikal Luqman Hakim yang berubah selepas berhijrah ke kelab Belgium KV Kotrijk pertengahan tahun lepas. Rata-rata netizen memuji perubahan fizikal tersebut dan boleh dikatakan hampir sama besar dengan tubuh Brendan Gan, pemain kacukan Malaysia-Australia itu.

“Selepas latihan larian, kami memberinya program yang mengambil masa enam minggu”

Di dalam sebuah  video yang dikeluarkan oleh KV Kortrijk bertajuk The Journey Of Luqie, pengarah sukan kelab itu telah berkongsi bagiamana sesi latihan yang disediakan oleh kelab tersebut untuk memperbaiki kualiti fizikal Luqman Hakim.

“Isunya bukan apabila dia (Luqman) tidak berada dalam perlawanan, dia perlu banyak perkara dan pastinya dia perlu memperbaiki kualiti-kualiti fizikal.” – kata Rik Foulon, pengarah sukan KV Kortrijk

Sewaktu tiba di sana, dia menjalani beberapa ujian fizikal pada minggu pertama. Didapati keadaan asasnya tidak cukup bagus, maka setiap minggu dia akan menjalani latihan tambahan secara individu. Ini kerana latihan ini akan memperbaiki keadaan asasnya.

“Selepas latihan larian, kami memberinya program yang mengambil masa enam minggu. Dalam tempoh enam minggu ini, kami cuba mendapatkan keadaan asanya pada tahap yang baik. Ini bermakna dia akan melakukan banyak larian berimpak rendah. Sekarang dia sudah bersedia untuk latihan dalam blok pada intensiti yang tinggi.” – kata Rik Foulon

Dalam seminggu, sebahagian latihannya akan bersama dengan pasukan pertama kelab. Pada hunjung minggu pula dia akan bersama pemain bawah 21 tahun. Pada hari Isnin, dia akan bermain dalam perlawanan bersama pemain bawah 21 tahun.

“Kamu datang ke sini untuk bermain bola. Kamu mahu membantu keluarga kamu.”

Dalam menghadapi cabaran ini, kata-kata semangat daripada seorang ibu pastinya elemen paling penting untuk seseorang itu terus kuat dan bermotivasi, Bagi Luqman Hakim, dia sentiasa mengingati pesanan ibunya.

“Kamu datang ke sini untuk bermain bola. Kamu mahu membantu keluarga kamu. Jika kamu menjadi pemain bola sepak yang berjaya. Jangan pernah putus asa. Jangan pernah putus asa.” – pesanan ibunya

Selain itu, dia juga pernah mengingatkan anak-anak muda lain supaya sentiasa mempunyai jiwa besar untuk terus berdepan cabaran sebagai pemain bola sepak.

“Kita kena tanamkan pada diri kita yang kita boleh lakukan. Bukan orang lain dari Eropah, Jepun, Korea, kita pun boleh. Jiwa kita kena besar. Jangan kecil sahaja.” – kata Luqman Hakim

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *