Video parodi Engku Emran lamar Nabila menjadi tular. Ini perkara yang kita boleh belajar

Sebelum ini, gempar satu Malaysia apabila perkahwinan Engku Emran dan Noor Nabila berlaku secara mengejut. Kemudiannya tular klip video Engku Emran melamar Nabila di atas belon udara panas yang dikatakan sangat romantis dan ramai yang tidak tahu mereka telah menjalinkan percintaan selama ini.
Tak habis dengan video itu, tular pula satu video lain di laman TikTok beberapa hari lalu apabila sepasang suami isteri membuat parodi video lamaran itu. Aksi pasangan itu dikatakan salin tak tumpah macam Engku Emran melamar Nabila ketika mereka menaiki belon udara panas, tetapi kali ini lokasinya hanya di balkoni rumah saja.
Video tersebut berjaya menarik perhatian ramai dan buat orang ramai berdekah apabila si suami sempat menyelitkan adegan plot twist di hujung rakaman.
@fadhzilabidin Tegurlah isteri anda secara kacak dan bergaya. Insya allah menusuk ke kalbu🤣
Apa yang kita boleh belajar dari sudut kesihatan adalah jangan tangguh makan (skip meal)
Dalam video tersebut, lelaki itu menghantar mesej supaya isterinya memasak nasi kerana perutnya sudah lapar. Ini adalah satu tindakan yang perlu jika seseorang itu lapar. Apabila lapar, anda perlu terus makan dan jangan amalkan budaya tangguh waktu makan atau skip meal.
Beberapa akar kesihatan telah menerangkan di laman web Prevention.com mengenai apa yang berlaku kepada badan anda apabila tidak cukup makan dan menangguhkan waktu makan.
Menangguh waktu makan dan tidak memakan makanan yang cukup pada waktu pagi boleh membuat kepala anda rasa seperti berpusing. Anda mungkin mula merasa pening, mempunyai tenaga yang rendah, bahkan merasa seperti anda akan pengsan.
“Ini disebabkan penurunan glukosa darah. Ketika kita tidak memberi makan kepada otak kita, ini dapat memberi isyarat kepada tubuh bahawa sudah waktunya untuk mematikan segalanya.
Glukosa adalah bahan bakar nombor satu untuk otak kita jadi apabila kita tidak memilikinya, ia dapat membuat kita berada dalam mood yang tak bagus.” – kata Frances Largeman-Roth, pakar nutrisi
Sudah tentu, menangguh waktu makan boleh berlaku dari semasa ke semasa, tetapi melakukannya secara konsisten boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan mengakibatkan kekurangan nutrisi.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini:Â t.me/kitasihat