Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Amanah Negara (Amanah) Muhammad Faiz Fadzil menafikan tuduhan mencabul seorang wanita. Dalam satu kenyataan media, ADUN Permatang Pasir itu menjelaskan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.