Percaya orang bawah mata hitam tanda pernah berzina. Pengguna TikTok ini dikecam

Percaya orang bawah mata hitam tanda pernah berzina. Pengguna TikTok ini dikecam

Aktiviti berbalas komen di media sosial sama ada Facebook, Twitter atau pun TikTok merupakan rutin bagi sesetengah orang. Setiap komen yang kita tulis merupakan tanggungjawab kita sendiri dan segala risiko perlu ditanggung sendiri.

Jika tersilap menulis komen, pasti seseorang itu akan dikecam habis-habisan. Inilah yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok yang menulis dan percaya bahawa orang yang mempunyai lingakran gelap bawah mata, adalah disebabkan perbuatan zina.

Komen seperti ini pastinya tidak boleh diterima ramai orang kerana tiada rujukan dan kajian yang sah mengenainya. Ia sekadar anggap-anggapan yang boleh membawa fitnah. Oleh itu, mari kita belajar punca sebenar lingkaran gelap bawah mata.

Kawasan di bawah mata didapati kelihatan lebih gelap kerana…

Dari sudut kesihatan, lingkaran gelap bawah mata adalah masalah biasa yang terjadi dalam kalangan masyarakat. Ada beberapa punca ia terjadi dan ianya langsung tiada kena mengena dengan zina.

Lingkaran gelap di bawah mata mungkin kelihatan ungu atau biru hingga coklat gelap atau hitam, bergantung pada warna kulit. Lingkaran ini jarang menjadi perhatian, tetapi bagi sesetengah orang, mereka mahu mengurangkannya atas alasan penampilan.

“Kawasan di bawah mata didapati kelihatan lebih gelap kerana saluran darah yang tersekat menyebabkan hiperpigmentasi, atau dari penipisan kulit di sekitar mata.” – tulis Medical News Today

Punca-punca lingkaran gelap bawah mata termasuk:

  • kurang tidur atau tabiat tidur yang buruk
  • alahan, termasuk demam hay
  • hiperpigmentasi, yang berlaku apabila badan menghasilkan lebih banyak melanin
  • pengurangan tahap tisu lemak di sekitar mata
  • menipiskan kulit di bawah mata
  • anemia dari kekurangan zat besi
  • terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari
  • gosok mata yang kerap
  • penuaan
  • merokok
  • gen yang diwarisi
  • keadaan tiroid
  • penyahhidratan
  • dermatitis
  • rawatan titisan mata untuk glaukoma, seperti bimatoprost

Langkah-langkah pencegahan yang boleh dicuba oleh kita semua

Seseorang itu boleh mencegah dirinya dari lingkaran gelap bawah mata dengan memperbaiki faktor gaya hidup. Antaranya:

  • Mendapatkan tidur yang cukup dan mengurangkan tekanan: Penyelidik mendapati bahawa tekanan meningkatkan penampilan lingkaran gelap, sementara tabiat rehat dan gaya hidup sihat mengurangkan perubahan warna.
  • Melindungi mata dari sinar matahari: Memakai cermin mata hitam perlindungan UV yang menutupi mata dan memakai sunscreen di sekitar mata dapat membantu mencegah atau mengurangkan lingkaran gelap.
  • Berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol: Merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan dapat mempercepat proses penuaan badan dan boleh meningkatkan risiko lingkaran gelap.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *