Video guru tadika campak anak murid menjadi tular. Netizen geram dan minta disiasat

Video guru tadika campak anak murid menjadi tular. Netizen geram dan minta disiasat

Video seorang wanita dipercayai guru tadika mencampak seorang anak murid ketika sesi pembelajaran tular di media sosial baru-baru ini. Berdurasi 10 saat yang dimuatnaik di Facebook My Kuala Langat itu, memaparkan wanita berkenaan mengangkat kanak-kanak itu sebelum mencampakkannya ke lantai sambil diperhatikan rakan-rakannya yang lain.

Menurut sumber, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah tadika swasta di Jalan Kebun, Klang. Video tersebut menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratan geram dengan perbuatan guru terbabit. Lihat video tersebut di bawah ini:

https://www.facebook.com/watch/?v=791214045107151

 

Belajar mengurus sifat panas baran di mana pun anda berada

Pelbagai langkah kita boleh lakukan untuk merawat dan mengurus sifat panas baran. Langkah pertama dalam menguruskan perasaan panas baran adalah belajar mengenali simptomnya. Sifat ini biasanya muncul dengan tanda-tanda awal. Ia cenderung mempunyai gejala fizikal dan psikologi, seperti:

  • mengamuk dalam bentuk makian atau jeritan
  • kerengsaan kronik
  • jantung berdebar-debar
  • pemikiran terlalu cepat
  • hilang kawalan

Perasaan panas baran boleh mempengaruhi anda dalam pelbagai cara. Menurut satu kajian pada 2010, ia juga akan membawa anda kepada penggunaan bahan-bahan terlarang  dan berlebihan dalam penggunaan kafein. Kemarahan yang tidak terkawal juga memicu tindak balas kepada tubuh kita, yang merangkumi pelepasan hormon stres.

Tanda-tanda terpendam daripada sifat seperti kemurungan atau Gangguan Ledakan Marah (IED)

Sifat panas baran juga boleh menjadi tanda-tanda terpendam daripada sifat seperti kemurungan atau Gangguan Ledakan Marah (IED), yang dicirikan oleh tingkah laku impulsif dan agresif.

Sekiranya kemarahan anda meluap-luap atau menyebabkan anda menyakiti diri sendiri atau orang di sekeliling anda, inilah masanya untuk mendapatkan bantuan profesional.

Hubungi pakar kesihatan mental yang dapat memberikan rawatan yang tepat dan membantu anda mencari cara menguruskan kemarahan. Seorang psikiatri juga boleh mengesyorkan ubat untuk kegelisahan atau kemurungan.

Mempunyai sifat marah dari semasa ke semasa adalah perkaran normal untuk menjadi manusia. Namun, ketika kemarahan muncul pada saat-saat tidak diperlukan, ia boleh menyebabkan kekacauan dalam hubungan, kesihatan, dan kesejahteraan anda secara keseluruhan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *