Untuk merentas sempena hari raya, masih tiada jawapan lagi. Ini sebabnya

Untuk merentas sempena hari raya, masih tiada jawapan lagi. Ini sebabnya

Kerajaan sedang meneliti untuk membenarkan pergerakan rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri nanti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri berkata, pengumuman akan dibuat sebaik semua data berkaitan dianalisis oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara.

“Buat masa ini rentas negeri untuk Aidilfitri kerajaan masih belum dapat beri jawapan lagi. Kita akan teliti dan diumumkan apabila tiba masanya nanti,” katanya di Majlis Sarapan Pagi bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong, Pagoh, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan memberi kebenaran pembukaan bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat Terawih tahun ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Komen Ketua Pengarah Kesihatan mengenai situasi semasa di Malaysia

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, kini kita berada dlm persimpangan, jika terus patuh kepada SOP, kita akan mengikut unjuran zon biru dan kes semakin berkurangan.

Namun jika tidak patuh kepada SOP kita akan mengikut unjuran zon merah, iaitu kes akan meningkat semula. Bersama kita boleh landaikan keluk sekali lagi. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Terus patuhi nasihat kesihatan berkaitan COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO.

Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *