Netizen serang FB Dr. Zulkifli, pertikai majlis kahwin Neelofa dan PU Riz. Ini puncanya

Netizen serang FB Dr. Zulkifli, pertikai majlis kahwin Neelofa dan PU Riz. Ini puncanya

Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya lagi, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

FB Menteri Agama, Dr Zulkifli Al-Bakri turut diserang netizen

Page rasmi YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah pun diserang netizen dengan mempertikaikan mengenai SOP majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz. Kenapa Dr. Zul diserang?

Ini kerana Majlis yang dihadiri oleh keluarga dan rakan karib itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai jurunikah mereka.

Oleh itu, bagi warganet, mereka membandingkan majlis kahwin rakyat biasa yang akan terus disaman jika tiada penjarakan fizikal berbanding majlis kahwin VIP atau ‘kayangan’.

Dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan berkapasiti 50% premis

Berikut kami kongsikan info SOP kenduri untuk panduan anda yang bakal menganjurkan majlis atau menghadirinya, seperti yang dinyatakan dalam sidang media Meneteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri pada 2 Mac 2021.

  • Majlis rasmi, tidak rasmi kerajaan, majlis sosial kawasan PKPB dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan berkapasiti 50% premis
  • Kawasan PKPP dibenarkan dengan penjarakan sosial mengikut keluasan premis.

Maklumat dan SOP kenduri atau majlis yang lebih terperinci bagi kesemua negeri yang terlibat boleh dirujuk dalam senarai penuh SOP yang dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *