Ibu tunggu depan rumah pegang parang halang Agensi Antidadah tangkap anaknya

Ibu tunggu depan rumah pegang parang halang Agensi Antidadah tangkap anaknya

Pasukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah dihalang oleh seorang ibu yang sanggup menunggu di depan pintu rumah sambil memegang parang. Serbuan ini dilakukan bagi menahan dua anaknya yang dipercayai terlibat dengan penagihan dadah di rumahnya di Batu Kurau, kira-kira 100 kilometer dari kawasan itu.

Menurut Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Negeri Perak A. Reuben, kedua-dua anaknya yang berusia 18 dan 20 tahun itu bertindak menyembunyikan diri di dalam rumah selain cuba memanjat bumbung rumah untuk melarikan diri namun kemudiannya berjaya ditahan.

Pasukan AADK mengambil masa selama 30 minit untuk memujuk ibu berusia 60-an untuk memberi kerjasama untuk pihaknya membuat pemeriksaan dalam rumah.

Sewaktu kejadian ini, rumah tersebut telah dikepung dan kami terdengar bunyi orang memanjat bumbung yang merupakan dua lelaki tersebut. Mereka akhirnya menyerah diri selepas berjaya dipujuk,” – kata Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Negeri Perak A. Reuben

Tiada bekalan dadah dijumpai, namun hasil saringan air kencing sebaliknya

Hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang bekalan dadah namun saringan awal air kencing ke atas dua beradik itu mendapati mereka positif dadah.

Katanya lagi, dua beradik itu antara 36 warga tempatan berusia 16 hingga 56 tahun termasuk seorang pengedar dadah yang ditahan dalam Op Perdana bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah Larut Matang Dan Selama selama dua hari sehingga semalam (28 Mac 2021).

Dalam tempoh itu juga, AADK merampas 55.29 gram dadah jenis morfin yang keseluruhannya bernilai antara RM800 hingga RM1,000 mengikut harga pasaran gelap.

”Semua tangkapan yang positif ujian saringan awal air kencing akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 pindaan 1998, manakala suspek yang didapati memiliki dadah telah diserahkan pada pihak polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” – katanya

Jangan harapkan pihak berkuasa sahaja, kita juga boleh buatkan laporan

Usaha memerangi najis dadah bukannya sekadar tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata namun masyarakat secara umumnya perlu mempunyai kesedaran untuk bersama membanterasnya.

Antaranya adalah menyalurkan segera maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai info berkaitan penyalahgunaan dadah yang terdapat di sekitar kawasan kediaman atau kampung mereka diami. Pengaduan boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu:

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *