Niat nak ringankan badan untuk solat. Wanita ini turunkan separuh beratnya setahun

Negara kita mempunyai kadar tertinggi penyakit obesiti dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara. Perkara ini tidak lagi mengejutkan kerana ia masih berlaku dan berpanjangan.
Masalah ini mungkin bertambah teruk lagi dalam situasi pandemik sekarang yang menyebabkan ramai antara kita menghabiskan masa di rumah.
Namun begitu, tak semua orang menjadikan obesiti sebagai alasan untuk berhenti berjuang keluar daripadanya. Inilah yang telah dilakukan oleh Airias Suzue dengan penuh jayannya. Bayangkan, dari seberat 215 kilogram (kg), dia berjaya menurunkan sekitar 101 kg hanya dalam tempoh setahun!
Saya tahap obesiti morbid… macam-macam saya lalui sepanjang proses ni…
Di dalam Group FB Suku Suku Separuh, Airias Suzue berkongsi gambarnya sebagai bukti usahanya selama setahun ini.
”Alhamdulillah, perjuangan saya selama setahun ni.. jaga makan dan senaman… kurus tanpa produk-produk kurus…. Moga-moga saya capai target hujung tahun ni inshaAllah….
Selagi kita masih di beri peluang untuk hidup teruskanlah perjuangan keluar dari obesiti… saya tahap obesiti morbid… macam-macam saya lalui sepanjang proses ni…
Terima kasih buat keluarga dan sahabat-sahabat yang support saya selama ni… dan terima kasih juga admin dan rakan-rakan dalam group diet ni banyak beri ilmu dan inspirasi.. buatkan saya tekad dan nekad untuk berubah.. perjalanan saya masih jauh lagi .. doakan saya..” – tulis Airias.
Dilaporkan bahawa, dia pernah mengambil ubat kurus sebelum itu kerana keadaannya yang sukar bergerak tapi semuanya sia-sia kerana tidak berhasil. Oleh itu, atas dasar kesedaran untuk berubah ke arah kehidupan lebih baik, dia tekad mengamalkan gaya hidup sihat sejak Januari tahun lalu.
”Sebelum diet, saya hanya mampu berjalan setakat pusing kampung sahaja kerana disebabkan berat badan buatkan saya susah nak bergerak ke sana sini. Saya pernah mengambil ubat kurus, bermacam-macam ubat kurus saya makan, selera saya makin naik, makan semakin banyak dan badan saya mula naik tanpa sedar.” – katanya
Niat diet ini sebab nak ringankan badan untuk melaksanakan amal ibadat
”Sekarang saya dah tak percaya semua ubat kurus lepas saya dengar cakap doktor yang melarang saya untuk mengambil ubat kurus, saya terus tekad dan nekad berubah ke arah kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Antara tips yang dikongsikannya adalah:
- Selama tempoh setahun dia tidak menyentuh semua makan yang mempunyai karbohidrat seperti nasi, mee, bihun termasuk makanan segera seperti maggi dan fast food serta makanan yang diproses.
- Hanya makan buah, sayur, dan lauk yang dibakar dan kukus
- Sir manis sudah dua tahun saya tinggalkan selain mengamalkan senaman seperti gym dan zumba.
- Selalu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis
Dengan tinggi 164cm, sasaran berat badan yang ingin dicapainya adalah sebanyak 60 kg dan ianya tidak mustahil dicapai berbekalkan semangat dan fokus utama dalam pemikiran.
”Kuatkan semangat, kuatkan mindset fokus betul-betul, seperti saya niat diet ini sebab nak ringankan badan untuk melaksanakan amal ibadat kerana dulu saya solat dengan cara duduk berlunjur sahaja,”
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat
I do like the manner in which you have presented this concern plus it really does provide me some fodder for consideration. Nevertheless, from what I have witnessed, I simply hope as other feedback stack on that folks stay on issue and in no way get started upon a soap box involving the news du jour. Yet, thank you for this fantastic piece and though I can not necessarily go along with it in totality, I value your viewpoint.