Chatime kata Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja. Netizen siasat tiada cawangan baru

Chatime kata Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja. Netizen siasat tiada cawangan baru

Isu pelanggaran SOP melibatkan mereka yang bertaraf VIP terus berlaku. Pada hujung minggu lalu tular mengenai majlis perkahwinan Neelofa bersama PU Riz yang didakwa tidak mematuhi SOP sekaligus menjadi siasatan pihak polis, pasangan ini sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas disahkan berada di Langkawi.

Netizen agak tidak puas hati dan mempersoalkan bagaimana pasangan ini dibenarkan untuk merentas khususnya daripada negeri berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Langkawi yang berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Netizen mendapati tiada senarai pembukaan cawangan baru di Utara

Disebalik kontroversi itu, Chatime Malaysia muncul membuat kenyataan dan mengesahkan bahawa Neelofa dan PU Riz berada di Langkawi atas urusan kerja.

Dalam sebuah kenyataan rasmi memaklumkan pasangan ini ke Langkawi atas pembukaan cawangan dan bakal turut membuat lawatan ke Sungai Petani dan Kangar.

Sebaliknya, siasatan netizen di laman web Chatime mendapati pihak Chatime  tidak menyenaraikan tiga lokasi yang disebutkan dalam kenyataan rasmi iaitu Langkawi, Sungai Petani dan Kangar dalam senarai cawangan yang bakal dibuka Chatime sekaligus membuatkan netizen berang.

Kesan minum Bubble Tea secara berlebihan

Resipi Bubble Tea yang berasal dari Taiwan ini telah menggegarkan dunia kerana rasa manisnya, ramuan eksklusif dan pelbagai rasa. Bubble tea dianggap sebagai minuman guilt-free. Hanya kerana perkataan itu mengandungi teh, tidak bermaksud ia sihat, bukan?

Bubble Tea biasanya terdiri daripada satu sendok mutiara ubi kayu (pearl tapioca) di bahagian bawah gelas yang dicampurkan dengan teh hitam atau teh hijau atau susu berasaskan teh. Apa yang menambah rasa adalah penambahan buah, puri buah, sirap berperisa dan banyak gula di dalamnya.

Kita perlu berpada-pada kerana minuman ini sangat membantu dalam menambah berat badan dengan cara yang kurang baik. Ia mengandungi sekitar 400 kalori, Bubble Tea adalah sesuatu yang tidak boleh diminumdengan kerap.

Kandungan gula yang membimbangkan boleh menimbulkan risiko besar untuk diabetes, kerosakan gigi dan menurunkan daya tahan tubuh. Ia tinggi karbohidrat dan kekurangan semua nutrien penting seperti vitamin, mineral, serat dan lain-lain

Menurunkan jumlah gula atau mengganti pemanis tiruan dengan gula merah, agak baik, tetapi tidaklah terlalu sihat. Maka, hanya minum dalam kadar yang sederhana.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *