Suami ketagih tengok porn dan langgan pelacur ketika isteri berpantang. Ini kisahnya

Ketagihan menonton pronografi terhadap seseorang boleh memberi kesan buruk yang banyak dalam kehidupannya. Jika ada sudah berpasangan dan berkahwin, ia tetap tidak dapat dibendung jika anda menjauhjan diri daari sebaarang bentuk rawatan.
Untuk memmbuktikan betapa serriusnya hal ini dalam masyarakat, seorang aktivis pendidikan seksualiti, Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah berkongsi suatu kisah dari seorang isteri yang berdepan dengan suami yang ketagihan menonton pornografi.
Rupanya dia ada akaun kedua WeChat tersebut…
Tengah malam handphone suami tak henti berbunyi. Saya bangun ke tandas. Terus capai handphone suami untuk tutup notification handphone dia. Hahdphone dia berpassword & thumb print. Tapi kedua-dua cara saya ada akses. Notification dari app WeChat yang selama ni dia cakap guna untuk kerja.
Rupanya dia ada akaun kedua WeChat tersebut. Dia lupa log out malam tu. Rupanya notification itu dari group langganan pelacur. Saya buka satu-satu mesej dan baca. Saya buka satu-satu group dan tengok. Betapa hancur hati saya suami yang saya sanjungi dan percaya selama ini pernah melanggan pelacur. Yang terbaru hanya 2 minggu sebelum saya jumpa mesej tersebut.
Patutlah sejak saya mengandung anak pertama sikap dia berubah. Dia tidak peduli langsung saya tengah mengandung sedangkan kami menunggu 8 tahun untuk anak pertama itu. Dia selalu bercakap kasar menengking saya.
Pukul 3 pagi saya gerak dia bangun. Saya bertanya elok-elok. Minta dia jelaskan satu persatu apa yang terjadi. Berapa banyak perempuan dah dia pernah langgan. Dia cerita A to Z. Dah 5 orang sejak saya mengandung anak pertama bawa ke anak kedua. Dalam perkiraan saya lebih kurang 3 tahun.
Yang lebih hancur hati saya dia melanggan pelacur semasa saya dalam pantang anak kedua baru 2 minggu. Dia sanggup tinggalkan saya malam seorang di rumah dari pagi pergi kerja sambung melanggan pelacur. To make it short saya tanya a big WHY?
Dia jarang bercakap dengan saya dan anak-anak. Dia berada dalam dunia dia sendiri
Simple je dia jawab sebab terpengaruh dengan porn. Dia nak mencuba apa yang dia tengok tapi tak boleh buat dengan saya. Dari situ baru saya tahu dia juga addicted dengan porn. Rumah tangga saya hancur. Diri saya hancur. Saya terpaksa jumpa pakar psikiatrik. Saya terpaksa ambil ubat depression dan ubat tidur.
Saya tak boleh tidur malam. Kami hampir bercerai tapi memikirkan anak-anak masih kecil saya paksa diri memaafkan. Tapi cakap memaafkan memang senang. Tapi kepercayaan tu langsung tak ada dah sampai bila-bila. Sampai ke hari ni saya masih berburuk sangka bila dia balik lambat dan tak dapat dihubungi.
Walaupun dia dah bersumpah taklik jatuh talak ke atas saya kalau dia masih jumpa perempuan lain, berhubung dengan perempuan lain secara fizikal dan apa jua media atas bukan alasan kerja.
Dia juga bersumpah taklik jatuh talak kalau dia masih menonton porn. Tapi saya tetap tak boleh letak kepercayaan atas dia sebab dia pernah bersumpah atas nama Allah sebelum ni tapi dia masih buat. Janji dia tak ada nilai di mata saya.
Ke hari ini dan masa mendatang saya tak tahu apa akan terjadi dengan hubungan kami. Semuanya dingin walau kami masih sebumbung. Dia jarang bercakap dengan saya dan anak-anak. Dia berada dalam dunia dia sendiri.
Kami dah jumpa pakar kaunseling keluarga. Cuma saya tak tahu apa yang ada dalam kepala suami saya. Dia berkeras dan menafikan dia dah tak buat lagi. Dia bersumpah dia berhenti sebab umur dah 40.
Saya terpaksa berpegang pada itu je la. Saya tak tahu saya bahagia atau apa sekarang. Hati dah tawar. Sekadar melalui hari-hari bersama.
Saya disahkan ada Major Depressive Disorder (MDD) dan Boderline Personaliti oleh pakar psikiatri. Boleh bertahan dengan ubat.
Sebelum berlakunya perkara yang pelik-pelik dalam perhubungan, berkomunikasilah dengan baik
Pesan Akhi Fairuz Al-Jengkawi, untuk kawan-kawan yang membaca, sebelum berlakunya perkara yang pelik-pelik dalam perhubungan, berkomunikasilah dengan baik.
Heart to heart. Berbincang. Jangan pendam. Ada masalah bagi tahu. Ada belenggu dalam diri bagi tahu. Kita sama-sama bantu dan cari jalan untuk berubah.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat