Tinggalkan sayur disembur racun perosak. Ini sayur-sayuran sebenar yang kita boleh cuba

Tinggalkan sayur disembur racun perosak. Ini sayur-sayuran sebenar yang kita boleh cuba

Pemakanan yang sihat sering dikaitkan dengan sayur-sayuran. Tak boleh dinafikan bahawa sayur-sayuran amat penting dalam kita mengamalkan pemakanan seimbang. Rakyat di negara kita juga tidak terlepas daripada mengikuti amalan pemakanan sedemikian. Pengambilan sayur bagi setiap rakyat Malaysia juga meningkat dalam masa lebih kurang 20 tahun dari 27.5kg setiap orang setahun kepada 40.58kg setiap orang setahun. Fakta ini penting kerana amalan pemakanan sayur semakin mendapat tempat.

Namun begitu, setakat mana kita mempunyai sifat berjaga-jaga dan mengambil tahu mengenai sayur yang kita makan? Walaupun sayur itu berkhasiat, cara tanaman yang melibatkan penggunaan bahan-bahan terlarang akan memberi kesan kepada kesihatan kita.

Sayur-sayuran yang kita makan itu biasanya berdepan keempat-empat masalah ini

Seperti yang kita tahu, sayur yang kita makan setiap hari itu adalah hasil sayur yang ditanam secara besar-besaran, hampir separuh bekalan sayur di negara kita pula datang dari peladang Cameron Highlands. Demi meneruskan penghasilan berskala besar setiap hari, maka kaedah apa pun akan digunakan. Antaranya adalah:

  • Penggunaan racun perosak yang tidak sah kerana harganya murah dan berkesan
  • Penggunaan baja kimia kerana kos yang lebih murah untuk tanaman berskala besar
  • Kawasan tanah tinggi ditarah untuk tanaman sayur kerana cuaca yang sesuai untuk menghasilkan sayur
  • Cuaca yang tidak menentu menyebabkan ladang memerlukan pelindung hujan yang akhirnya dibuang menjadi sisa sampah

Berkemungkinan besar sayur-sayuran yang kita makan itu berdepan keempat-empat masalah umum di atas sebelum sampai ke tangan kita. Sedar atau tak, kita menanggung banyak risiko dan menyumbang kepada kerosakan alam. Bayangkan, sayur yang ditanam dengan baja kimia murah dan racun perosak Herbicide, yang disenarai sebagai bahan yang berkemungkinan menyebabkan kanser kepada manusia (karsinogen).

Itu yang masuk ke mulut kita.  Belum lagi kita ambil tahu kesan permintaan yang tinggi sayur oleh kita semua, menyebabkan para peladang berlumba-lumba menarah lebih banyak kawasan tanah tinggi untuk tanam sayur. Akhirnya, kerosakan alam berlaku dan sisa sampah bertambah.

Ladang di atas tanah tinggi yang begitu jauh dari komuniti juga telah menyebabkan kos dan pencemaran dari pengangkutan bertambah. Kemudiannya, dari ladang ia terpaksa melalui banyak lapisan orang tengah sebelum sampai kepada pengguna. Sudah pasti kualitinya tidak terjamin.

Jadi, jika kita berfikir sejenak, tiada masalah untuk kita memilih produk sayur yang lebih berpatutan serta bebas dari penggunaan baja kimia murah dan racun serangga. Menariknya, produk itu juga begitu dekat dengan komuniti.

Sayur yang ditanam secara indoor serta dipantau perubahan warna dan komposisinya

Inilah yang membezakan sayur keluaran BoomGrow dengan sayur-sayuran umum yang kami sebutkan di atas tadi. Sayur BoomGrow ditanam di dalam kontena dengan konsep ladang menegak (vertical farming) serta diuruskan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

“Sayurkami adalah bebas racun perosak. Beza kami dengan sayur di Cameron Highlands adalah kami menanam secara indoor. Kami berkebolehan untuk mengawal suhu, kelembapan, tahap Karbon Dioksida (CO²). Kami boleh memastikan kadar nutrisi produk itu. Ia boleh dimaksimumkan.” kata Jay Desan, pengasas bersama BoomGrow

Menariknya, sayur-sayuran Boomgrow ditanam di bawah lampu buatan dengan sensor Internet of Things (IoT) bagi mengesan segala-galanya dari segi perubahan warna daun hingga komposisi nitrat.

“Oleh kerana cahaya spektrum yang kami gunakan. Pengguna bukan sahaja dapat produk yang segar, malah mereka akan dapat yang bernutrisi dan sesedap rasa. Ia adalah aspek asas nutrisi. Rasanya yang berbeza telah disahkan oleh beberapa tukang masak.” katanya lagi

Demi membina suatu produk sayur yang begitu dekat dengan komuniti di bandar, Boomgrow sedia menyediakan sayur-sayuran yang dekat dengan komuniti di Lembah Klang dan Langkawi dan akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

“Ladang diletakkan jauh dari tempat komuniti tinggal di bandar. Ia juga menyumbang kepada pelepasan karbon yang besar kerana kita perlu mengangkut makanan tersebut. Di situ juga ada rantaian bekalan semasa.” katanya lagi

Dengan tidak lagi perlu lagi melalui rantaian berkalan berlapis-lapis seperti produk sayur lain, BoomGrow akan menghantar pesanan anda 6 jam selepas dituai.

Tak sampai RM50 dah boleh dapat lebih 500 gram sayur bebas racun perosak

Seperti yang kita tahu, kebanyakan produk sayur bebas racun perosak dan berkualiti lebih mahal berbanding sayur lain. Selepas mengetahui mengenai sayur BoomGrow ini, mungkin kita boleh mempertimbangkan untuk membelinya kerana harga yang berpatutan atau harga cun cun sahaja. Bayangkan, hanya dengan RM45.00 (tak sampai RM50), anda boleh dapatkan pakej HEALTHY START:

  • 2 jambak Lollo Rosso / Bionda / Butterhead (200g)
  • 1 jambak Romaine (90g)
  • 4 jambak Kale (210g)
  • 2 jambak Rocket (100g)
  • 1 paket Pudina (percuma)

Sayur-sayur berkualiti yang biasanya kita import dari Australia, tidak lagi perlu ditanam di sana. BoomGrow telah berjaya menanamnya di sini, terutamanya di Ampang. Kita boleh dapatkan Kale dan Swiss Chard dengan hanya RM55.00 dalam pakej GETTING THERE:

  • 1 kepala Lollo Rosso / Bionda / Butterhead (100g)
  • 1 jambak Romaine (90g)
  • 4 jambak Kale (210g)
  • 3 jambak Swiss Chard (200g)
  • Ditambah Herba Shot Basil (100g)
  • Pudina (percuma)

Tambah sahaja lagi RM10 dah boleh dapat banyak gila sayur berkualiti dan bebas racun serangga ini melalui pakej BETTER THAN EVER:

  • 2 jambak Lollo Rosso / Bionda / Butterhead (200g)
  • 1 jambak Romaine (90g)
  • 5 jambak Kale (265g)
  • Bayam baby (100g)
  • Upland cress 180gms
  • 1 pudina (percuma)

Jika anda berada di sekitar Lembah Klang dan Langkawi, boleh buat tempahan di sini. Buktikan yang anda betul-betul mahu mengubah cara pemakanan sayur anda tanpa ragu bersama BoomGrow!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *