Polis buru remaja perempuan bergaduh di Kelantan. Video berdurasi 30 saat itu tular

Polis sedang mengesan remaja perempuan yang terlibat dalam pergaduhan dipercayai di Tanah Merah, Kelantan. Video pergaduhan remaja terbabit tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, namun dimaklumkan kejadian itu berlaku di Tanah Merah.

“Pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan termasuk daripada pelaku mahupun mangsa yang dipukul.

Mangsa juga belum dikenal pasti dan kita sedang berusaha mengesan mereka yang terlibat. Jika benar berlaku di Tanah Merah, kita akan buat laporan maklumat awal dan jalankan siasatan macam biasa walaupun tiada laporan diterima,” katanya memetik Sinar Harian.

Menurut pihak polis identiti mangsa belum dikenalpasti dan polis sedang giat mengesan semua individu yang terlibat. Video berdurasi 30 saat itu memaparkan mangsa ditolak dan dipukul berkali-kali oleh sekurang-kurangnya dua remaja wanita lain.

Dalam video terbabit, mangsa dilihat tidak melawan. Video sebegitu mengingatkan kita mengenai hal buli yang patut kita semua elakkan.

Lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang

Menurut MyHealth, buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang.

Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse). Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual.

Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang.

Masalah buli yang tidak dikawal akan mengakibatkan masalah mental seperti;

  • Tiada keyakinan diri
  • Rasa rendah diri
  • Prestasi pelajaran merosot
  • Kehadiran ke sekolah rendah/menurun
  • Masalah penyesuaian diri apabila dewasa

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
KITASIHAT

Artikel Berkaitan