14 penumpang cedera, bas ekspres terbabas berhampiran Terowong Menora. Ini puncanya

Seramai 14 penumpang cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan di Kilometer 265, Lebuhraya PLUS arah selatan, berhampiran Terowong Menora awal pagi tadi (4 April 2021). Mangsa yang tercedera terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 2.22 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang menghala dari Kulim ke Kuala Lumpur telah terbabas ke bahu jalan, tanpa melibatkan kenderaan lain,” – kata Jurucakap JBPM Perak
Polis menahan pemandu bas untuk disoal siasat

Dilaporkan anggota bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang cedera dan memberi rawatan awal kepada mereka sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya. Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Shahrudi Muhamad Halil tamat pada 4.39 pagi.

Untuk mencegah microsleep, tiada jalan lain selain mendapatkan tidur secukupnya
“Microsleep biasanya berlaku antara tiga hingga lima saat, dan dalam jangka masa begitu cepat, kadang-kala anda mungkin tidak menyedari bahawa kejadian itu berlaku.” – Petikan dari Sleep Advisor
Dalam keadaan ini juga, mata anda mungkin terbuka, anda boleh duduk tegak dan anda mungkin menjalankan tugas, tetapi bahagian otak anda telah benar-benar tidak sedar. Dengan kata lain, anda mungkin berfikir bahawa anda sudah bangun, tetapi bahagian otak anda sebenarnya sedang tidur.
Malang tidak berbau, maka sebelum kita terkena gejala awal microsleep, lebih baik untuk kita mencegahnya dahulu dari awal. Punca utama microsleep ini adalah seseorang itu kekurangan tidur. Kajian membuktikan bahawa jika seseorang itu tidak cukup tidur malamnya walaupun sehari, ia menyebabkan meningkatnya kebarangkalian beberapa kali terkena microsleep.
Untuk merawat dan mencegah microsleep, tiada jalan lain selain mendapatkan tidur secukupnya pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang sihat untuk orang dewasa adalah antara antara tujuh hingga sembilan jam. Anda perlu melakukan sedikit perubaham dalam gaya hidup dan meperbaiki rutin tidur anda.