Polis menahan pemandu bas ekspres yang terbabas sebelum terbalik dalam kejadian awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata penahanan dibuat selepas pemeriksaan mendapati suspek mempunyai 19 rekod saman lampau individu bagi kesalahan trafik selain tiga rekod saman lampau bagi bas yang dipandunya itu.